Nak Halau Serangga Atau Kucing Berak Merata? Ikuti 5 Petua Mudah Ini. Memang BERKESAN!

Petua Halang Kucing Berak Merata Dan Banyak Lagi

Pengalaman hidup masyarakat kita mengumpul ilmu serta kemahiran yang unik dalam menjalani kehidupan seharian telah banyak membantu masyarakat zaman sekarang.

Petua merupakan amalan tradisi di Nusantara sejak zaman dahulu kala dan berkembang mengikut peredaran zaman untuk mengatasi pelbagai jenis masalah. Masyarakat sekarang kebiasaannya menggunakan pendekatan moden sebagai jalan mudah. Akan tetapi, dengan perkongsian rangkaian petua-petua kali ini diharap dapat membantu anda dalam menjadi kehidupan seharian dengan cara lebih semula jadi.

Petua-petua yang dimuatkan disini telah dipetik daripada pelbagai sumber termasuk Internet, majalah-majalah serta sumbangan individu-individu.

Menghalau semut

1. Serbuk Kunyit

Taburkan pada laluan semut yang menuju ke dalam rumah, selalunya di tepi dinding. Halang laluan serangga itu dengan menaburkan serbuk kunyit di sepanjang perjalanan yang membolehkan mereka masuk atau lalu di dalam rumah.

2. Minyak Masak

Lap balang gula, keliling meja, kaki meja dan kaki kabinet dapur atau bahagian yang sering didatangi semut menggunakan kain yang telah di sapu dengan minyak masak.

3. Kulit Telur

Hancurkan kulit telur dan bakar. Taburkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.

Menghalau Lipas

1. Lemon

Hiris nipis sebiji lemon dan letakkan di tempat yang kerap didatangani lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti kabinet  dapur. Cara ini juga untuk membantu menyegarkan bau kabinet dapur anda.

2. Daun Pandan

Hiris nipis daun pandan dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan.

3. Buah Pelaga & Kulit Kayu Manis

Biji buah pelaga atau kulit kayu manis juga berkesan untuk menghalau lipas kerana lipas sememangnya tidak suka dengan bau tersebut dan tidak akan membiak di situ.

4. Serai Wangi

Lipas bencikan bau wangi. Anda boleh ambil beberapa batang serai yang telah disiat-siat kemudian letakkan di bahagian yang selalu ada lipas seperti dalam kabinet. Lipas tidak akan “berkunjung” ke situ lagi.

Menghalau Cicak

1. Kulit Telur

Cicak tidak suka bau telur. Letakkan kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk mengelak cicak dari memasuki rumah anda.

2. Bawang Putih & Bawang Merah

Cicak benci bau bawang putih dan bawang merah. Gantung atau letak bawang di tepi tingkap atau pintu rumah anda. Anda juga boleh kisar bawang bersama sedikit air dan semburkan air bawang tersebut di sekeliling rumah.

Menghalau Lalat

1. Bunga Cengkih

Ambil beberapa kumtum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak atas meja makan dan biarkan ia terdedah begitu sahaja.

2. Lilin

Nyalakan sebatang dua lilin dan letakkan di atas meja. Lalat tidak akan hinggap pada makanan kerana lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.

3. Serbuk kulit kayu manis

Taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja atau di ruang kerja anda.

4. Halang Kucing Berak Merata-Rata

  • Cuka (7 ke 8 titis).
  • Pelembut kain (1/4 penutup)
  • Air (hingga penuh botol)

Cara-caranya:

Masukkan cuka, pelembut kain dan air ke dalam bekas semburan dan goncangkan. Kemudian semburkan bancuhan ini di tempat yang menjadi sasaran kucing untuk kencing dan berak. Lakukan secara konsisten.

Pernah tak anda amalkan petua ini di rumah? Kongsikan pengalaman anda!

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

TIPS & PETUA DAPUR

Ilmu dapur sangat diperlukan terutama sekali untuk anda yang ingin membina mahligai rumahtangga.  Baik dari segi penjagaan, cara menyimpan barang, cara nak sedapkan masakan dan sebagainya. Ilmu – ilmu inilah perlu ada dan selalunya diturunkan oleh para ibu agar anak – anak menjadi lebih cekap dan tangkas di dapur. Sebaiknya, bergurulah dengan mereka yang berpengalaman dalam bidang ini agar tidak kekok nanti.

Disini kami kongsikan beberapa tips dan petua mudah untuk panduan anda.

Tips menggelakkan beras berkutu.

Masukkan beberapa helai daun limau purut / cili kering di dalam tempat simpan beras.

Tips mengelak biskut lemau.

Masukkan sedikit gula pasir di dalam bekas kedap udara yang digunakan untuk menyimpan biskut.

Membuat nasi goreng berderai.

Deraikan nasi. Kemudian simpan di dalam peti ais semalaman. Sejam sebelum dimasak, keluarkan nasi dan deraikan sekali lagi. Tekstur nasi akan menjadi lebih cantik dan tidak berketul.

Taugeh tahan lama.

Ketika menyimpan taugeh di dalam peti sejuk, rendam taugeh di dalam bekas berisi air bersama sedikit perahan jus limau. Jika masih taugeh lebih rangup, rendam taugeh di dalam air sejuk  berisi ais.

Telur rebus mudah  kupas.

Semasa merebus telur, masukkan setengah sudu kecil garam. Kulit telur akan lebih mudah dikupas selepas itu.

Elak pedih mata kupas bawang merah.

Rendamkan bawang dalam air garam selama 5-10 minit, kemuadian kupas seperti biasa.

Masakan terlebih masin.

Masukkan kentang yang telah dikupas ke dalam masakan dan biar kentang tersebut didalam sehingga masak.

Mata pisau blender kekal tajam.

Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Lakukannya setiap bulan.