Pelajar SMK Riam Guna Daun Tubu Untuk Ganti MSG Dan Menang Anugerah Khas Di Seoul

2 pasukan dari SMK Riam menangi anugerah khas di anugerah pencipta di Korea Selatan

Dua pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Riam, Miri, menempa nama di peringkat antarabangsa selepas memenangi beberapa pingat dan anugerah di Korea Cyber International Genius Inventor Fair (CIGIF) 2019 di Seoul pada 2-3 November.

Menurut Utusan Borneo, Pasukan Tborneo diwakili Natalie Gituen Liso, Law Zhen Yen, and Allycia Nanu Bong telah merangkul Pingat Emas dan Anugerah Khas World Inventors Association (WIA).

Pasukan terbabit berjaya menghasilkan perisa semulajadi yang menggunakan daun tubu (Pycnarrhena tametacta) dalam bentuk serbuk dan kiub sebagai pengganti kepada perasa tambahan monosodium glutamat (MSG).

Satu lagi pasukan iaitu Yucava diwakili Daniel Dennis, Nurnaziha Hasmady dan Eugenia Lavang Jalong telah berjaya meraih Anugerah Pingat Perak dan Anugerah Khas Asian Invention Creativity Association (AICA).

Mereka telah mencipta sudu mesra alam sebagai untuk menggantikan sudu plastik.

Pengetuanya Normah Abdul Latiff berbangga dengan pencapaian itu selepas sekolah itu menewaskan 70 pasukan dari 12 buah negara termasuk Korea Selatan, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada, dan Indonesia.

Cikgu Forinna Rosini Lanity, Law Sie Siek, dan Enjila Ales juga menerima Anugerah Khas CIGIF Teacher Achievement.

Beliau juga berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR), Sarawak Multimedia Authority (SMA), PPD Miri, PIBG, ibu bapa dan guru hasil kejayaan itu.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tiang Belawing Di Belaga Dicatat Tertinggi Dalam Malaysia Book of Records

Tahniah orang Belaga!

Sebuah tiang Belawing di Uma Baha, Apau Koyan, Belaga telah dinobatkan sebagai monumen Belawing tertinggi di Malaysia dalam Malaysia Book of Records.

Tiang Belawing yang dinamakan ‘Tungun Belawing Pebeka Tawai’ itu setinggi 80 kaki dan diperbuat daripada kayu belian.

Sehubungan itu, Skim Penempatan Semula Sungai Asap telah dinamakan sebagai Apau Koyan selepas tiang Belawing tersebut direkod ke dalam Malaysia Book of Records pada 27 Oktober 2019.

Apa Itu Tiang Belawing?

Belawing ialah tiang atau monumen yang diukir dengan motif Kenyah dengan hiasan burung enggang pada puncaknya.

Arah kepala dan ekor burung enggang ini menunjukkan orientasi hulu dan hilir sungai, di mana kampung (lepau) yang berkaitan dengannya berada.

Rujukan: Edi Sedyawati, EKM. Masinambow, Gunawan Tjahyono (1995). Konsep Tata Ruang Suku Bangsa Dayak Kenyah di Kalimantan Timur. Indonesia: Direktorat Jenderal Kebudayaan

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

OOPS! Salah Label Sabah Dan Sarawak, Astro Awani Minta Maaf

Kedudukan Sabah, Sarawak terbalik di TV

Negeri Sabah dan Sarawak telah dilabel secara terbalik dalam siaran berita yang ditayangkan di Astro Awani pada 27 dan 28 Oktober lalu.

Astro Awani telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada semua rakyat serta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak atas kesilapan label pada grafik tersebut.

Dalam AWANI 7.45 pada tarikh berkenaan, terdapat kesilapan pada paparan peta Sabah dan Sarawak berhubung Monsun Timur Laut yang sedang melanda Malaysia.

Ini bukan kali pertama Sabah dan Sarawak salah dilabel. Sebelum ini, kesilapan yang sama dilakukan oleh sebuah program khas Merdeka yang ditayangkan di saluran 8TV.

Semua orang buat kesilapan. Kita kan manusia.

Sarawak Forestry Selamatkan Burung Hantu Rare Yang Diikat Di Luar Kedai Runcit

Kaki burung hantu itu didapati diikat dengan wayar pada sebatang besi yang diletakkan di luar kedai runcit pemilik 

Sarawak Forestry (SFC) di Miri menyelamatkan seekor burung hantu yang jarang dijumpai dan dijadikan sebagai tarikan dan ‘pemikat pelanggan’ di sebuah kedai runcit di sini pada Isnin. 

Menurut Utusan Borneo, pemilik kedai runcit didapati mengikat kaki burung hantu itu menggunakan wayar pada sebatang besi yang diletakkan di luar kedai runcitnya. 

Burung hantu bubu atau dikenali sebagai ‘Barred Eagle-Owl‘ ialah sejenis spesies yang dilindungi dan diletakkan di pintu masuk kedai runcit berkenaan. 

Burung yang diselamatkan itu akan dihantar ke Taman Rizab Semulajadi Piasau di Miri untuk pemeriksaan, sebelum dihantar ke Tapak Perlindungan Hidupan Liar Matang di Kuching untuk dilepaskan ke habitat asal. 

Ingin membuat laporan tentang hidupan liar? Ini caranya.

Orang ramai boleh memberi maklumat kepada Sarawak Forestry:

Hotline:  1-800-88-2526

Emel: info@sarawakforestry.com

Facebook: Sarawak Forestry

Laman web: www.sarawakforestry.com

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Atuk Yang Masak Selambak Kepada Anak Yatim, ‘Grandpa Kitchen’ Meninggal Dunia

Pemergian Grandpa Kitchen yang berhati mulia telah membuatkan netizen bersedih atas kehilangannya

YouTuber popular Narayana Reddy dalam channel popular ‘Grandpa Kitchen’ telah meninggal dunia pada Ahad lalu, 27 Oktober 2019.

Narayana, 73, dari Telangana, menjadi idola seantero dunia kerana memasak dalam kuantiti yang banyak untuk anak-anak yatim di India.

Berita tragik itu dikongsikan dengan 6 juta pengikutnya melalui video yang dimuat naik dalam channel pada 30 Oktober.

Sejak channelnya bermula pada Ogos 2017, Grandpa Kitchen telah masak pelbagai hidangan dari french fries ke burger, ayam mentega dan biryani kambing.

Tontoni perjalanan terakhirnya di video ini:

Tahukah Anda Kereta Rasmi CM Sarawak Ialah Kereta Hidrogen?

Beliau telah menggunakan SUV Hyundai Nexo selama sebulan untuk urusan rasmi

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg telah pilih untuk menaiki kenderaan SUV Hyundai Nexo berkuasa hidrogen buatan Korea Selatan sebagai kereta rasmi beliau sejak sebulan lalu.

Menurut Malay Mail, beliau berkata beliau telah menggunakan SUV tersebut selama sebulan untuk urusan rasmi di Kuching sejajar dengan objektif kerajaan negeri untuk menjadikan persekitaran Sarawak bersih.

Beliau berkata Hyundai Nexo tidak mempunyai gear dan klac, dan tangki penuh bagi minyak hidrogen dapat bertahan selama 400 km.

Harga kereta tersebut ialah RM300,000.

Kereta Hyundai Nexo adalah jauh lebih murah berbanding kereta rasmi CM yang lain iaitu Mercedes-Maybach S500.

Kredit: Sulok Tawie / Malay Mail

Menurut beliau, kerajaan Sarawak mempunyai rancangan untuk membina 5 stesen isi semula hidrogen pada masa depan.

Apa pendapat anda tentang Hyundai Nexo sebagai kereta rasmi CM Sarawak?

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Facebook Haramkan Emoji “Seksual” Seperti Terung, Buah Pic

Pengguna Facebook dan Instagram tidak dapat lagi kirim emoji seperti terung, buah pic atau percikan air

Emoji terung dan buah pic membawa maksud makanan secara literal namun ramai yang memahami maksud tersirat yang dikaitkan dengan emoji tersebut.

Baru-baru ini Facebook telah mengharamkan penggunaan emoji yang berunsurkan seksual di Facebook dan Instagram.

Tindakan tersebut adalah sebahagian daripada Sexual Solicitation Community Standards pihak Facebook yang telah dikemas kini untuk mengawal aktiviti pekerja seks yang menggunakan platform tersebut untuk menjual servis mereka.

“We aren’t taking action on simply the emoji” – Facebook

Emoji yang berunsurkan seksual seperti terung, buah pic dan percikan air tidaklah diharamkan secara terus di Facebook dan Instagram tetapi diharamkan apabila emoji tersebut dikirim bersama dengan servis seksual.

[Content] will only be removed… if it contains a sexual emoji alongside an implicit or indirect ask for nude imagery, sex or sexual partners, or sex chat conversations. We aren’t taking action on simply the emoji,” kata jurucakap Facebook kepada Newsweek.

Untuk melanggar polisi baru Facebook, kiriman pengguna perlu mengandungi elemen-elemen yang berunsurkan seks seperti menawarkan servis seks, meminta seks, meminta gambar bogel dan emoji yang membawa maksud seks.

Pengharaman ini tidak akan memberi kesan kepada semua pengguna, tetapi ia dapat memberi kesan kepada sesiapa yang menggunakan akaun Facebook dan Instagram untuk tujuan seks atau pornografi.

Gizmodo sebelum ini melaporkan bagaimana algoritma Facebook berpotensi mendedahkan identiti pekerja seks.

Pokoknya, jangan risau. Unless korang minta yang bukan-bukan di media sosial. 😏

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

DJI Mavic Mini Kini Rasmi. Dron Hanya Sebesar Telapak Tangan!

Perkenalkan Dron DJI yang terkecil dan paling ringan

Dron padat DJI Mavic Mini akhirnya dilancarkan secara rasmi. Dengan berat sejumlah 249g, Mavic Mini ialah dron yang paling ringan dibina oleh DJI, iaitu hampir setengah berat Mavic Air.

Di Amerika Syarikat, dron yang beratnya 250g atau lebih perlu didaftar di bawah The Federal Aviation Administration (FAA). Ini bermakna Mavic Mini boleh terbang tanpa memerlukan permit.

Bagi Malaysia pula, pemilik dron hanya perlu permit daripada Civil Aviation Authority (CAA) sekiranya berat dron melebihi 20kg. Selain itu, dron di Malaysia tidak boleh terbang melebihi 120m.

DJI Mavic Mini dilengkapi kamera sebesar 12-Megapixel dengan sensor 1/2.3″ dipadankan dengan lensa 24mm f/2.8. Kemampuan merakam video ialah sehingga 2720×1530 pixel 30FPS atau 1080P 60FPS. Dengan bateri sebesar 2400 mAh, masa penerbangan sehingga 30 minit boleh dicapai. Jarak kawalan alat jauh pula adalah sehingga 4 km.

DJI Mavic Mini dijual pada harga USD399 (~RM1667) untuk kit asas iaitu alat kawalan jauh, 1 bateri dan kipas tambahan. Terdapat juga pek kombo “Fly More” yang dijual pada USD499 (~RM2084) yang datang dengan 3 bateri, 3 set kipas tambahan, pelindung kipas, alat kawalan jauh, bekas simpanan, dan hab pengecas tambahan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web DJI.

Sarawak Pay Dijenamakan Sebagai S Pay Di Pasaran Global

Mulai November Sarawak Pay dapat digunakan di semua negara yang menerima UnionPay

Sarawak Pay, platform pembayaran mudah alih negeri, akan dijenamakan semula sebagai S Pay tidak lama lagi dalam usaha ke arah rangkaian global.

Semasa mengumumkan langkah itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sebagai permulaan, mulai bulan November pemegang akaun Sarawak Pay akan dapat menggunakan medium pembayaran di semua negara penerima UnionPay termasuk Singapura.

Beliau berkata ia adalah hasil kerjasama antara kedua-dua entiti berkenaan.

“Kami menjenamakannya sebagai S Pay (kerana ia lebih universal berbanding Sarawak Pay) dan kemudian kami sedang bekerjasama dengan Unionpay kerana ia bersifat global.

“Kami mahu pembayaran mudah alih kami menjadi global bukan sahaja terhad kepada Sarawak saja,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi dialog bersama pemimpin syarikat berkaitan kerajaan di Kuching pada 29 Oktober.

Abang Johari berkata nama baharu itu telah dibincangkan secara teliti oleh individu dalam bidang pemasaran sebelum ia dipilih.

Buat masa ini, beliau berkata terdapat lebih 100,000 pengguna berdaftar Sarawak Pay. – Bernama

Apa kitak orang fikir dengan nama S Pay? On tak on?

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Siaran TV Analog Sarawak Bakal Tamat 31 Oktober

Dah beli dekoder belum?

Sarawak akan beralih sepenuhnya kepada siaran televisyen (TV) digital myFreeview daripada siaran TV terestrial analog mulai 31 Oktober ini.

Dengan my Freeview para penonton boleh menikmati pelbagai saluran TV, radio dan aplikasi-aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian dan pembelajaran interaktif melalui 15 saluran TV dan enam saluran radio termasuk TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, dan Bernama News Channel (BNC) secara percuma tanpa sebarang yuran bulanan. Wow!

Siaran TV digital myFreeview menjanjikan imej gambar yang lebih tajam, bunyi berkualiti tinggi dan perkhidmatan TV interaktif.

Peralihan Seluruh Malaysia Dilakukan Secara Berperingkat Sejak 30 September

Dengan fasa terakhir penutupan ini, seluruh Malaysia akan beralih sepenuhnya kepada siaran TV digital myFreeview susulan daripada proses peralihan di kawasan-kawasan wilayah tengah, selatan, utara dan timur secara berperingkat bermula 30 September 2019 yang lalu.

Peralihan itu menandakan berakhirnya era penyiaran TV analog di seluruh Malaysia yang ditawarkan secara percuma sejak 1963.

Dah tukar ke TV Digital ke belum?

Bagi anda yang masih belum beralih kepada siaran TV Digital myFreeview boleh lihat video di bawah atau video-video tutorial pemasangannya di pautan ini.

Dekoder percuma turut diedarkan kepada 2 juta isi rumah B40 dan mereka boleh memeriksa kelayakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888 atau melayari laman www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1800-18-1088. – Bernama