21 Airbnb Menarik Di Sarawak Untuk Percutian Yang Luar Biasa

Inap di kediaman yang unik seperti villa tepi pantai, kabin log dan rumah kaca di atas gunung.

Bagi pelancong tegar, Airbnb ialah platform alternatif untuk mencari tempat penginapan yang selesa selepas laman web hotel konvensional.

Apabila disebut menginap di Sarawak, apakah perkara pertama yang muncul di kepala anda?

Jangan sangsi, tahukah anda Airbnb menyenaraikan banyak pilihan kediaman yang menarik di Sarawak? Dari Buntal hingga ke Bario, berikut ialah 21 buah Airbnb di Sarawak yang buat anda tak sabar nak bercuti selepas ini.

1. Nikmati percutian di villa di Pantai Siar, Lundu, yang mempunyai halaman peribadi dan tab panas. Sambil menikmati lautan biru, anda juga berpeluang melihat monyet belanda di sini serta bunga rafflesia dan air terjun di Taman Negara Gunung Gading yang berdekatan.

Kredit: Airbnb

Ulasan: “Listing is clean, as true to the pictures. The area is quiet with not much tourist, despite having another 2 more resorts nearby. Breakfast provided is simple but good. We had a lot of fun here.” – Connie (Oktober 2019)

Tidur di tepi pantai dan laut biru di Lundu Basaga Holiday Resort dari RM200 semalam.

2. Nikmati barbeku di dalam rumah batu-bata kecil di tengah hutan di Lundu

Kredit: Airbnb

Airbnb yang comel ini terletak berdekatan Gunung Gading, Lundu sesuai untuk mereka yang ingin menikmati udara segar dan persekitaran yang sunyi dan aman. Rumah batu-bata ini mempunyai satu bilik dan dapat memuat sehingga 4 orang tetamu.

Alami persekitaran yang damai di tengah hutan di Tebero Wilderness dari RM280 semalam.

3. Sewa sebuah banglo 3 bilik di suasana semulajadi yang aman di jalur pantai terpencil di Lundu, jauh dari hingar-bingar kota.

Kredit: Airbnb

Ulasan: “Very friendly and accommodating caretaker. Located at a very quiet part of Lundu. Perfect for a quick getaway. Love the master bedroom wing!” – Wee Lee (September 2019)

Tempah Siar Tranquil dari RM400 semalam.

4. Nikmati suasana di rumah 5 bilik dengan laman seluas 8 ekar serta tasik buatan di Lundu. Berdekatan dengan kampung komuniti Bidayuh, lokasi ini sesuai jika anda ingin menaiki bot di Sungai Kayan, melihat gua di Bau serta flora di Taman Negara Gunung Gading.

Kredit: Airbnb

Ulasan: “The house is fantastic. Comfy and worth it. Dikelilingi dengan alam semula jadi yang menenangkan. Good for anyone who looking for the calmness. Great if you come in group.” – Ariff

Tempah bilik di Undan Range Nature Retreat, Lundu, berharga RM250 semalam.

5. Satu-satunya kabin di tepi Sungai Adis di Bau yang mempunyai indoor fireplace dan air mineral segar yang mengalir dari gunung, tempat ini sesuai dengan penggemar aktiviti air untuk sebuah hujung minggu yang awesome

Kredit: Airbnb

Ulasan: “Every necessity was provided from your cooking oil to hairdryer. Had tons of fun with the kayak although didn’t think it would be that heavy. Clean river with homemade swing and of course you get what you wanted, total seclusion and privacy. Great looking cabin too! Would definitely come back and is highly recommended to those seeking a peace of mind.” – Adeline (Ogos 2019).

Berehat di Pinggir Siak pada RM338 semalam.

6. Rumah di atas awan di Bau dikelilingi oleh hutan tropika dan di bawah Milky Way. Ruang balkoni besar sesuai untuk barbeku dan ruang tamu berdinding kaca bagi tetamu menikmati pemandangan dari atas bukit berketinggian 700 meter.

Kredit: Airbnb

Ulasan: “I surprised my girlfriend with a one-night stay at Ariff’s Mendung Escape and we were blown away. Ariff was flexible and easy to coordinate with, and an all around excellent host. He went above and beyond, even taking us to the beautiful river-site for his planned future Airbnb to cool down on our way (n.b. the river was spectacular & clean!) When we arrived, he led us up the steep but short jungle path to the property. The stairs were well built and maintained, and there was a secure rope hold if needed. The moment we were up on the patios, we got a “Jane & Tarzan” feeling of being above the clouds. The view was phenomenal and the sounds of the jungle were hypnotizing. Do note that you are truly in the jungle here! Ariff has created a haven, and there couldn’t be a better balance of comfort and nature. The bedroom closes off, but the living area is partially open-air (fabulous!). The bathroom and kitchen are below (this is not completely convenient, but absolutely bearable!) There are some very thoughtful touches throughout, from a tea set to mosquito coils. Don’t hesitate ;)” – Cole (Julai 2016)

Bermalam di Mendung Escape pada harga bermula RM258 sebilik.

7. Alami keunikan budaya Sarawak di sebuah perkampungan Bidayuh di Kampung Apar, Singai di Bau di mana anda dapat melihat taman kelulut, khemah, taman buluh, blowpipe dan rumah panjang di kawasan bukit.

Kredit: Airbnb

Nikmati atmosfera yang berbeza di Obut Pikatang Homestay, Borneo Tribal Village pada RM130 semalam.

8. Sebuah inap desa moden di tengah hutan Siburan dengan pemandangan gunung yang indah dan kolam renang infiniti sepanjang 12 meter

15 Airbnb Menarik Di Sarawak Untuk Percutian Yang Luar Biasa
Kredit: Airbnb

Ulasan: “Suri and Cameron’s place is wonderful, situated right next to a forest and beautiful mountains. They were very helpful in connecting us to local guides who took us to unforgettable places. The kayaking was nice although we only had time to take the shorter journey and now we see that the longer one would have been even better. The walk in the night jungle was demanding but amazing, and we were lucky enough to see a fruit bat and a monkey in the dark. Also thank you Suri for inviting us to have dinner with you both nights, and arranging our transfers, we really did not have to think about anything.” – Tamas (November 2017)

Nikmati keindahan alam di Boyan Heights Rainforest Retreat pada RM220 semalam.

9. Villa berdinding kaca di Puncak Borneo yang dingin dan dikelilingi oleh rimba tropika

Kredit: Airbnb

The Glass Villa menawarkan sebuah rumah besar yang mampu memuat seisi keluarga sehingga 16 orang untuk bercuti di kawasan Puncak Borneo.

Bermalam di The Glass Villa Borneo Highlands Resort pada RM1,200 semalam.

10. Sebuah rumah di Siburan berkonsepkan rustic dan country lengkap dengan pohon buah, pit barbeku dan kolam renang. Berehat di buaian di balkoni luas sambil menikmati udara segar dan pemandangan kolam ikan dan pokok bunga.

Kredit: Airbnb

Ulasan: “Jennifer’s place is a great place for a private gathering of friends or family. They have all facilities you would need, including a barbecue pit and a little pool that my 11-month old nephew loved! Came here with my family since we were all together for Christmas. We loved it! Note that there is no internet here and if you’re lucky, you might get one bar of signal on your phone. I’m not complaining because it was a perfect break from city life, falling asleep to the sound of crickets and a view of the night sky filled with stars 🙂 thanks for hosting us!” – Georgina (Disember 2017)

Pilih antara 5 bilik dan suite di Jambuvilla bermula dari RM180 semalam.

11. Sebuah chalet di sebuah kampung berdekatan dengan Taman Negara Kubah dengan pemandangan indah Gunung Serapi dan river cruise

Kredit: Airbnb

Keunikan chalet kayu 1 bilik ini ialah dikelilingi oleh orkid liar dan pokok bakau. Chalet ini diakses oleh jalan raya peribadi memberikan tetamu di Airbnb ini privasi.

Tempah Rumah Bakti pada RM120 semalam.

12. Banglo mewah di pesisiran pantai Pasir Panjang yang jauh dari pusat pelancong memberi ruang kepada tetamu yang inginkan keselesaan dan privasi

Kredit: Airbnb

Ulasan: “Thank you for the relaxing stay in this very wonderfully designed and well equipped sea viewed bungalow. The sound of sea waves at sleep has calming effect. The beach is right in front of the bungalow. All the rooms are clean and well equipped. We are very happy to entertain our old friends there despite a short trip” – Woo Guan (Disember 2018)

Nikmati suasana Pasir Panjang di Golden Sands Villa pada RM1,200 semalam.

13. Chalet di Buntal ini menggabungkan suasana hutan dan laut di kawasan Taman Negara Santubong. Chalet ini hanya dapat diakses melalui bot.

Kredit: Airbnb

Ulasan: “Thank you Mat, Sophie, Lola and your helpful volunteers for having us at your wonderful home We really enjoyed the scenery especially at night, the beautiful beach (under the pale moonlight), as the cool breeze brushes our skin and all we could hear was the sound of the waves hitting the shore. Felt like a heaven on earth. We also LOVE your cooking, Sophie! it’s really nice to try french delicacies (homemade bread/quiche/fondant/delicious JAMS), you really are a great cook, lucky Mat and last but not least, we applaud, appreciate and support your effort in preserving the nature (recycling and preserving things), the decorations are somehow unique and creative(shrunken heads, skull and bones, mantras etc), highly recommended for people who love nature and peace. Thank you and hope our paths will cross again in the near future. We both wish you and your beautiful family the best of luck” – Eilots (Julai 2018)

Bermalam di Beachfront Bungalow ini pada harga RM260 semalam.

14. Keluar dari hingar-bingar kota dan nikmati kebun dan kolam udang di homestay di kaki Gunung Santubong

Kredit: Airbnb

Ulasan: “This place is a great way to spend your time if you love nature and peace and tranquility. There’s lots of space and the gardens, pools and huge veranda will give you all you need for a relaxed visit. There are fresh prawns at neighbors prawnfarm to bbq and fish in the pond if you can catch it. If you like to get up early you can see the monkeys passing by the pond or all the other wildlife activity. Vacation at its best.” – Peter (Jun 2019)

Rancang percutian anda ke RB Homestay and Farms Santubong pada harga bermula RM167 semalam.

15. Nikmati percutian yang simple di rumah kampung tradisional Melayu di tebingan Sungai Sarawak

Kredit: Airbnb

Rumah kampung ini terletak di kawasan kampung di tebingan sungai. Lokasinya terletak di seberang Kuching Waterfront, jadi anda boleh menaiki bot tambang atau menyeberangi Jambatan Darul Hana untuk ke seberang sungai. Di rumah ini terdapat koleksi buku yang luas bagi para tetamu yang gemar membaca.

Alami kehidupan di Riverbank Cottage pada harga RM293 semalam.

16. Rumah impian di tengah bandaraya Kuching yang moden dan rustic, dipenuhi perabot dan hiasan kayu dalam setiap ruang bilik

Kredit: Airbnb

Ulasan: “If you already see all the pictures, don’t think twice..grab it right away. This is the most amazing home I’ve ever seen! Beautiful touch and stylish home really. Very clean and 5 stars for everything. Service is tip top, WORTH IT 🙂 ! Will stay again the next time for sure :)” – Jennyfer (Ogos 2019)

Nikmati seni bina moden di theCHARCOAL pada harga RM538 semalam.

17. Kembali ke zaman silam di sebuah suite dalam bangunan lama abad ke-19 dan nikmati panorama 360 darjah bandaraya Kuching

Kredit: Airbnb

Bermalam di Kai Joo Suites pada harga RM200 semalam.

18. Hidup ala “Crazy Rich Asians” di sebuah rumah agam 6 bilik yang megah di Miri

Kredit: Airbnb

Ulasan: “We had a lovely time at Grace’s place. The house is super clean and very well kept. Grace and her sister were very hospitable right from the start, I can thank them enough for making it easy for our family. It’s certainly a great place for a big family, the 5 available toilets are a great bonus I must add. Everyone could get ready in time and no fights about who got to use the toilet first haha overall, if you’re looking to stay in a huge, comfortable house which can accommodate your big family, this is the place. So worth it! Thank you again, Grace and Ms Yee.” – Najla (Jun 2019)

Inap di Shalom Home untuk percutian luar biasa pada harga RM350 semalam.

19. Sebuah kabin kayu di Lutong, Miri, yang memberi suasana musim salji

Kredit: Airbnb

Kabin kayu yang mempunyai 5 bilik tidur ini seakan-akan berada di kawasan tanah tinggi atau di negara Barat, namun sebenarnya terletak di taman perumahan di Miri.

Tidur di Log Cabin House pada RM450 semalam.

20. Sebuah apartmen servis mewah di Miri lengkap dengan kolam renang infiniti dan restoran. Setiap apartmen dan dapur dilengkapi dengan perabot dan peralatan.

Kredit: Airbnb

Tetamu boleh menikmati perkhidmatan daftar masuk dan keluar secara pandu masuk (drive through) dan dobi layan diri.

Bermalam di Jinhold Hotel & Serviced Apartment pada harga RM417 semalam.

21. Bermalam di sebuah cottage tingkat dua di tanah tinggi Bario

Tetamu dapat menikmati tour seperti:

i) Trekking up Prayer Mountain
ii) Visiting Bario Salt Springs & Waterfall
iii) Cultural Shows
iv) Fishing and Hunting Trips
v) Christian Fellowship Retreats

Inap Bario Highlands Country Cottage Resort di Bario pada RM175 semalam untuk seluruh rumah.

Nota: Harga adalah tepat pada tarikh artikel ini diterbitkan.

Jika nak bercuti ke Sarawak, pilihlah penginapan yang selesa untuk percutian yang bukan biasa-biasa.

Siapa nak bermalam di salah satu 21 Airbnb di Sarawak ini?

Rancang percutian anda ke Sarawak dengan melihat kalendar festival Sarawak. Kenali 5 perayaan unik di Sarawak anda harus alami dengan mata sendiri.

6 Gua Di Sarawak Anda Perlu Lawati Sekali Dalam Hidup

Gua yang mana satu anda paling ingin lawati?

Sebagai hutan hujan tropika terbesar di Malaysia, Sarawak diperkaya dengan taman negara semula jadi dan hidupan liar termasuk gua. Berikut ialah 6 gua yang tedapat di sekitar Sarawak anda perlu lawati sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

1. Gua Pari Pari (Fairy Cave), Bau, Kuching

Gua Pari Pari ialah gua yang bertempat kira-kira 40 km dari Kuching, Sarawak berhampiran dengan kawasan bekas perlombongan emas di Bau, Sarawak. Gua Pari Pari dijejaki melalui tangga konkrit yang menuju ke pintu masuk yang membuka ruang kepada gua tersebut .

2. Gua Rusa (Deer Cave), Mulu, Miri

Gua Rusa adalah salah satu tarikan utama di Taman Negara Mulu. Perjalanan ke gua tersebut dikelilingi hutan hujan tropika, sungai dan perkuburan Penan purba. Ciri-ciri istimewa gua ini adalah formasi batu di permukaan pintu yang menyerupai profil sisi Abraham Lincoln.

3. Gua Lang, Mulu, Miri

Gua Lang ialah satu perhentian melalui perjalanan dari Gua Rusa kerana perbezaan jarak yang tidak jauh. Walaupun Gua Lang adalah gua yang kecil, formasi semulajadi ini tidak rugi dikunjungi kerana tumpuan cahaya yang strategik yang menyerlahkan stalagmit dan stalaktit di dalam gua itu.

4. Gua Air Jernih (Clear Water Cave), Mulu, Miri

Gua Air Jernih dijejaki melalui perjalanan sepanjang Sungai Melinau, diikuti dengan berjalan kaki atau dengan menaiki bot. Pintu masuknya adalah 200 langkah dari hutan. Oleh kerana gua ini gua yang bersungai, ia merupakan gua yang menarik untuk diterokai.

5. Gua Angin (Wind Cave), Mulu, Miri

Gua Angin adalah sebahagian daripada sistem Air Jernih (Clear Water) yang boleh dijejaki dengan menaiki bot panjang melalui sepanjang Sungai Melinau atau dengan jungle trekking sejauh 4km. Gua ini dinamakan Gua Angin kerana tiupan angin yang dirasai di bahagian kecil gua tersebut.

6. Gua Niah, Niah, Miri

Gua Niah dikenali sebagai tapak gua batu kapur dan tapak arkeologi yang besar di Taman Negara Niah. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Gua mana yang anda ingin lawati?

Ingin nak travel ke Sarawak? Jom lawati Sarawak ketika ada perayaan unik seperti di dalam pautan ini: 5 Perayaan Unik Di Sarawak. No. 3 Paling Aneh!

5 Perayaan Unik Di Sarawak. No. 3 Paling Aneh!

Saksikan perayaan-perayaan unik dan aneh di Sarawak!

*Dikemaskini 18 Oktober 2019

Sarawak Bumi Kenyalang, di mana suku kaum meraikan pelbagai perayaan sepanjang tahun yang mempamerkan budaya orang asli Sarawak.

Berikut ialah 5 perayaan unik yang diraikan di Sarawak.

1. Pesta Benak

Benak ialah fenomena istimewa di mana air pasang berlaku dengan ombak. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan mengikut air pasang besar (King Tide). Di Pesta Benak anda boleh saksikan aksi meluncur di atas benak di tebingan bandar Sri Aman.

Tarikh: 25 – 27 Oktober 2019
Tempat: Sri Aman, Sarawak

Note: Pesta Benak telah dijadualkan pada 27-29 September 2010 namun ditunda atas sebab jerebu di Sri Aman

Pesta Benak. Kredit: Sarawak Tourism Board

2. Pesta Lun Bawang (Irau Aco)

Pesta Lun Bawang adalah himpunan terbesar bagi komuniti Lun Bawang di Sarawak. Di pesta ini terdapat paparan budaya Lun Bawang seperti muzik, tarian, kraftangan dan makanan kaum Lun Bawang. Di sini, anda boleh saksikan persembahan angklung dan nguip suling (seruling buluh).

Tarikh: 31 Mei – 2 Jun 2019
Tempat: Lawas, Sarawak

3. Pesta Babulang

Pesta Babulang ialah pesta kaum Bisaya di Batu Danu, Limbang. Tarikan utama pesta ini semestinya lumba kerbau di mana kumpulan dari Limbang, Sabah dan Brunei akan cuba bersaing semasa sendiri untuk menjuarai lumba kerbau.

Tarikh: 7 – 9 Jun 2019
Tempat: Limbang, Sarawak

4. Pesta Kaul

Pesta Kaul ialah pesta tradisional yang disambut oleh kaum Melanau dan merupakan pesta terpenting dalam kalendar tradisional orang Melanau di Sarawak. Tarikan utama di pesta Kaul ialah bermain dengan tibau, iaitu buaian yang besar.

Tarikh: 20 – 28 April 2019
Tempat: Mukah, Sarawak

Pesta Kaul. Kredit: Sarawak Tourism Board

5. Pesta Bung Bratak

Pesta Bung Bratak ialah festival yang bertujuan untuk menyambut kebudayaan dan tradisi Bidayuh. Festival ini disambut dengan perarakan ‘Dayung Sangon’ dan tarian kebudayaan khas oleh Bidayuh dengan Iban dan Orang Ulu.

Tarikh: 1 Mei 2019
Tempat: Bung Bratak Heritage Centre, Bau, Sarawak