Golongan B40 Sarawak Boleh Tuntut Dekoder myFreeview PERCUMA Sebelum 30 November

Ambil peluang ini untuk memiliki dekoder TV myFreeview secara percuma

Siaran analog di seluruh Malaysia telah tamat 31 Oktober lalu dan kini beralih kepada siaran tv digital yang nyata lebih jelas dan berkualiti. Namun tidak semua yang mampu memilikinya.

Jangan risau, ada berita baik untuk golongan B40 di Sarawak!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan golongan B40 Sarawak yang layak dan telah berdaftar boleh menuntut dekoder percuma.

Sebanyak 4 buah pusat pengagihan di sekitar Sarawak sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital myFreeview percuma:

Pengagihan percuma ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan B40 untuk menikmati siaran tv digital tanpa bebanan kewangan.

3 cara untuk memeriksa kelayakan menuntut dekoder myfreeview percuma

Untuk memeriksa kelayakan, anda boleh semak dengan cara berikut:

Sistem pesanan ringkas (SMS): taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Laman web: Layari www.mytvbroadcasting.my/B40

Telefon: Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1800-18-1088. –

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang myfreeview.tv

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahukah Anda Kereta Rasmi CM Sarawak Ialah Kereta Hidrogen?

Beliau telah menggunakan SUV Hyundai Nexo selama sebulan untuk urusan rasmi

Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg telah pilih untuk menaiki kenderaan SUV Hyundai Nexo berkuasa hidrogen buatan Korea Selatan sebagai kereta rasmi beliau sejak sebulan lalu.

Menurut Malay Mail, beliau berkata beliau telah menggunakan SUV tersebut selama sebulan untuk urusan rasmi di Kuching sejajar dengan objektif kerajaan negeri untuk menjadikan persekitaran Sarawak bersih.

Beliau berkata Hyundai Nexo tidak mempunyai gear dan klac, dan tangki penuh bagi minyak hidrogen dapat bertahan selama 400 km.

Harga kereta tersebut ialah RM300,000.

Kereta Hyundai Nexo adalah jauh lebih murah berbanding kereta rasmi CM yang lain iaitu Mercedes-Maybach S500.

Kredit: Sulok Tawie / Malay Mail

Menurut beliau, kerajaan Sarawak mempunyai rancangan untuk membina 5 stesen isi semula hidrogen pada masa depan.

Apa pendapat anda tentang Hyundai Nexo sebagai kereta rasmi CM Sarawak?

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Facebook Haramkan Emoji “Seksual” Seperti Terung, Buah Pic

Pengguna Facebook dan Instagram tidak dapat lagi kirim emoji seperti terung, buah pic atau percikan air

Emoji terung dan buah pic membawa maksud makanan secara literal namun ramai yang memahami maksud tersirat yang dikaitkan dengan emoji tersebut.

Baru-baru ini Facebook telah mengharamkan penggunaan emoji yang berunsurkan seksual di Facebook dan Instagram.

Tindakan tersebut adalah sebahagian daripada Sexual Solicitation Community Standards pihak Facebook yang telah dikemas kini untuk mengawal aktiviti pekerja seks yang menggunakan platform tersebut untuk menjual servis mereka.

“We aren’t taking action on simply the emoji” – Facebook

Emoji yang berunsurkan seksual seperti terung, buah pic dan percikan air tidaklah diharamkan secara terus di Facebook dan Instagram tetapi diharamkan apabila emoji tersebut dikirim bersama dengan servis seksual.

[Content] will only be removed… if it contains a sexual emoji alongside an implicit or indirect ask for nude imagery, sex or sexual partners, or sex chat conversations. We aren’t taking action on simply the emoji,” kata jurucakap Facebook kepada Newsweek.

Untuk melanggar polisi baru Facebook, kiriman pengguna perlu mengandungi elemen-elemen yang berunsurkan seks seperti menawarkan servis seks, meminta seks, meminta gambar bogel dan emoji yang membawa maksud seks.

Pengharaman ini tidak akan memberi kesan kepada semua pengguna, tetapi ia dapat memberi kesan kepada sesiapa yang menggunakan akaun Facebook dan Instagram untuk tujuan seks atau pornografi.

Gizmodo sebelum ini melaporkan bagaimana algoritma Facebook berpotensi mendedahkan identiti pekerja seks.

Pokoknya, jangan risau. Unless korang minta yang bukan-bukan di media sosial. 😏

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

DJI Mavic Mini Kini Rasmi. Dron Hanya Sebesar Telapak Tangan!

Perkenalkan Dron DJI yang terkecil dan paling ringan

Dron padat DJI Mavic Mini akhirnya dilancarkan secara rasmi. Dengan berat sejumlah 249g, Mavic Mini ialah dron yang paling ringan dibina oleh DJI, iaitu hampir setengah berat Mavic Air.

Di Amerika Syarikat, dron yang beratnya 250g atau lebih perlu didaftar di bawah The Federal Aviation Administration (FAA). Ini bermakna Mavic Mini boleh terbang tanpa memerlukan permit.

Bagi Malaysia pula, pemilik dron hanya perlu permit daripada Civil Aviation Authority (CAA) sekiranya berat dron melebihi 20kg. Selain itu, dron di Malaysia tidak boleh terbang melebihi 120m.

DJI Mavic Mini dilengkapi kamera sebesar 12-Megapixel dengan sensor 1/2.3″ dipadankan dengan lensa 24mm f/2.8. Kemampuan merakam video ialah sehingga 2720×1530 pixel 30FPS atau 1080P 60FPS. Dengan bateri sebesar 2400 mAh, masa penerbangan sehingga 30 minit boleh dicapai. Jarak kawalan alat jauh pula adalah sehingga 4 km.

DJI Mavic Mini dijual pada harga USD399 (~RM1667) untuk kit asas iaitu alat kawalan jauh, 1 bateri dan kipas tambahan. Terdapat juga pek kombo “Fly More” yang dijual pada USD499 (~RM2084) yang datang dengan 3 bateri, 3 set kipas tambahan, pelindung kipas, alat kawalan jauh, bekas simpanan, dan hab pengecas tambahan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web DJI.

Sarawak Pay Dijenamakan Sebagai S Pay Di Pasaran Global

Mulai November Sarawak Pay dapat digunakan di semua negara yang menerima UnionPay

Sarawak Pay, platform pembayaran mudah alih negeri, akan dijenamakan semula sebagai S Pay tidak lama lagi dalam usaha ke arah rangkaian global.

Semasa mengumumkan langkah itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sebagai permulaan, mulai bulan November pemegang akaun Sarawak Pay akan dapat menggunakan medium pembayaran di semua negara penerima UnionPay termasuk Singapura.

Beliau berkata ia adalah hasil kerjasama antara kedua-dua entiti berkenaan.

“Kami menjenamakannya sebagai S Pay (kerana ia lebih universal berbanding Sarawak Pay) dan kemudian kami sedang bekerjasama dengan Unionpay kerana ia bersifat global.

“Kami mahu pembayaran mudah alih kami menjadi global bukan sahaja terhad kepada Sarawak saja,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi dialog bersama pemimpin syarikat berkaitan kerajaan di Kuching pada 29 Oktober.

Abang Johari berkata nama baharu itu telah dibincangkan secara teliti oleh individu dalam bidang pemasaran sebelum ia dipilih.

Buat masa ini, beliau berkata terdapat lebih 100,000 pengguna berdaftar Sarawak Pay. – Bernama

Apa kitak orang fikir dengan nama S Pay? On tak on?

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Siaran TV Analog Sarawak Bakal Tamat 31 Oktober

Dah beli dekoder belum?

Sarawak akan beralih sepenuhnya kepada siaran televisyen (TV) digital myFreeview daripada siaran TV terestrial analog mulai 31 Oktober ini.

Dengan my Freeview para penonton boleh menikmati pelbagai saluran TV, radio dan aplikasi-aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian dan pembelajaran interaktif melalui 15 saluran TV dan enam saluran radio termasuk TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, dan Bernama News Channel (BNC) secara percuma tanpa sebarang yuran bulanan. Wow!

Siaran TV digital myFreeview menjanjikan imej gambar yang lebih tajam, bunyi berkualiti tinggi dan perkhidmatan TV interaktif.

Peralihan Seluruh Malaysia Dilakukan Secara Berperingkat Sejak 30 September

Dengan fasa terakhir penutupan ini, seluruh Malaysia akan beralih sepenuhnya kepada siaran TV digital myFreeview susulan daripada proses peralihan di kawasan-kawasan wilayah tengah, selatan, utara dan timur secara berperingkat bermula 30 September 2019 yang lalu.

Peralihan itu menandakan berakhirnya era penyiaran TV analog di seluruh Malaysia yang ditawarkan secara percuma sejak 1963.

Dah tukar ke TV Digital ke belum?

Bagi anda yang masih belum beralih kepada siaran TV Digital myFreeview boleh lihat video di bawah atau video-video tutorial pemasangannya di pautan ini.

Dekoder percuma turut diedarkan kepada 2 juta isi rumah B40 dan mereka boleh memeriksa kelayakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888 atau melayari laman www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1800-18-1088. – Bernama

AI UNTUK NEWBIE

Apakah Itu Artificial Intelligence (AI)?

Artificial intelligence atau Kecerdasan Buatan adalah mesin yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan fungsi kognitif (memahami, merasai dan proses mendapatkan maklumat) seperti menyedari, mempelajari, membuat pertimbangan dan menyelesaikan masalah.

AI wujud apabila sesebuah mesin itu mempunyai kebolehan kognitif. Penanda aras bagi AI adalah tahap mencirikan manusia dalam membuat pertimbangan, percakapan dan penglihatan.

Pengenalan Kepada Tahap-Tahap AI

  • AI Lemah (Narrow) – Dikatakan lemah apabila mesin hanya dapat melaksanakan tugasan tertentu sahaja dengan lebih baik daripada manusia.
  • AI Umum (General) – AI yang dikatakan telah mencapai tahap umum apabila ia mampu melaksanakan apa juak tugasan bersifat pintar dengan ketepatan yang sama dengan manusia biasa.
  • AI Kuat (Strong) – AI yang kuat adalah apabila ia telah melangkaui batasan manusia dalam pelbagai tugasan atau perkara

Pada masa kini, AI telah digunakan secara meluas dalam hampir semua industri. Secara asasnya, sekiranya sesebuah organisasi menggunakan AI untuk tujuan pemasaran, ia dapat mengautomatikkan tugasan yang remeh serta berulang, dan membenarkan para pekerja untuk fokus kepada perkara yang lebih penting seperti mengeratkan hubungan perniagaan, memimpin dan mengajar. Sebagai contoh Syarikat SukaSuka menyediakan perkhidmatan perhubungan pintar. Maka setiap kali wakil jualan membuat panggilan telefon kepada bakal pelanggan, mesin tersebut akan merakam dan menganalisis perbualan tersebut. Dengan ini, data tersebut akan dianalisis oleh AI dan ia akan memberikan pandangan serta strategi yang berjaya.

Dalam erti kata lain, AI memberikan peluang untuk memanfaatkan teknologi terkini dalam menangani data yang rumit dimana ia adalah mustahil untuk dikendalikan oleh manusia. Proses automasi memberikan peluang kepada para pekerja untuk fokus pada tahap tugasan yang lebih tinggi. Apabila AI dilaksanakan, ia diharap dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.

Sumber: www.gouvernement.fr

Kebaikan Artificial Intelligence (AI)

AI adalah bersifat kekal dan dapat digunakan berulang kali.
AI menyimpan data dengan teratur dan boleh dicapai dengan mudah.
AI bersifat mampan dan teliti.
AI mempunyai ruang simpanan data yang boleh dipindah alih.

Keburukan Artificial Intelligence (AI)

Tidak mempunyai common sense.
Terbatas dengan pengaturcaraan oleh manusia (programming).

PANDUAN LENGKAP SAIZ GAMBAR PLATFORM MEDIA SOSIAL 2019

Panduan Lengkap Saiz Gambar Platform Media Sosial 2019

Tidak kira berita, iklan atau video, visual memainkan peranan penting dalam media sosial. Gambar dan video selalunya perkara utama yang dilihat dan diingati oleh pembaca. Dua media ini penting apabila menyampaikan mesej dengan berkesan di platform media sosial.

SukaSuka menyediakan satu infografik yang menyenaraikan semua saiz-saiz gambar yang terkini bagi setiap platform sosial media.

Untuk memudahkan anda menyimpan maklumat tersebut, jangan lupa muat turun dan kongsikan di media sosial anda.

Berikut ialah infografik dimensi terperinci bagi gambar-gambar mengikut platform media sosial bagi tahun 2019.

Sumber: Sprout Social