Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Penggemar Sushi, boleh try Sushi Jiro di Vivacity, RM3 jak.

Posted by SukaSuka on Isnin, 14 Oktober 2019

Ingin mencari sushi murah? Kini anda tak perlu lagi tunggu promosi khas untuk menikmati sushi murah. Satu premis makanan Jepun di Kuching, Sushi Jiro di Vivacity Megamall menawarkan sushi pada harga RM3 sepinggan!

Dengan syarat anda makan lebih daripada 10 pinggan, setiap menu sushi ialah RM2.99.

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!
Banyak naaa pilihan! Susah mok pilih sigek ne.

Harga biasa ialah RM3.29 (masih murah) dan harga ini tidak termasuk 10% caj perkhidmatan dan 6% GST).

Setiap menu sushi ialah RM2.99, dengan syarat anda makan lebih daripada 10 pinggan

Selain sushi, ramen juga terdapat dalam menu Sushi Jiro (tapi RM9.39 semangkuk lah, bukan RM3)

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!
Tak semua RM3 ye geng, lingkup Sushi Jiro nanti

Bagi pelanggan beragama Islam, Sushi Jiro belum mendapat pengesahan sijil halal dari Jakim. Selain itu, semua produk daging datang dari pengedar halal. Berikut ialah penjelasan pihak Sushi Jiro:

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Antara menu di Sushi Jiro yang mengandungi alkohol ialah chicken katsu appetizer, takoyaki, chicken katsu sosaku, shoyu ramen, miso ramen, dan spicy miso ramen.

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Nak sushi murah? Jom serbu Sushi Jiro di Vivacity Megamall.

Sushi RM3 Setiap Hari Di Sushi Jiro Vivacity. Makan Sampai Kenyang!

Sushi Jiro
Alamat: Lot L3-027 & 0-28, Level 3, Vivacity Megamall, 93350 Kuching
Waktu operasi: 10 pagi-10 malam, setiap hari
Status: Pork-free
Facebook page: Sushi Jiro

6 Mee Kolok Di Kuching Yang Cepat Sold Out

Nak Makan Mee Kolok Paling Top Di Kuching? Ini recommendation kami!

Mee kolok ialah antara menu pilihan orang Kuching untuk sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan supper. Berikut ialah Top 6 Mee Kolok di Kuching yang anda perlu cuba.

1. Mee Kolok Haji Salleh, Sepinang Sari Cafe

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Anak Pak Ali nikah Mat Salleh,
Mee kolok popular milik Haji Salleh.

Semestinya antara mee kolok yang paling popular di Kuching, Sepinang Sari Cafe sentiasa penuh dengan pengunjung pelancong dan orang tempatan yang ingin mencuba Mee Kolok Haji Salleh.

Alamat: Lot 206, Section II, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
Tel: 082-422206
Waktu operasi: 5.30 pagi – 1.00 petang, setiap hari kecuali Selasa pada minggu pertama, ke-2 dan ke-3

2. Warong Mee Kolok Kak Bedah

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Mak admin minat ND Lala,
Mun gi Kak Bedah order Godzilla.

Menggunakan resipi keluarga sejak 11 tahun lalu, Mee Kolok Kak Bedah adalah antara gerai yang paling laris di sederet warong di Matang Jaya. Pesan sekali teh tarik legend sebagai pelengkap menu.

Alamat: Warung Penjaja Sementara Matang Jaya, Lorong Matang Jaya 1, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak (Belakang Matang Mall, berdepan Taka Bakery)
Tel: 011 369 61985 (Pn. Anis) / 010 960 5107 (Abg GG)
Waktu operasi: 5.00 petang – 10.00 malam, Isnin – Sabtu (Ahad tutup)

Saksikan video Mee Kolok Kak Bedah:

Bismillahnirahmahnirrahim..sahaja aku berniaga Hari ini kerana Allah ta'alaJgn lupak singgah k😊😊 video by : Danial Ersham=================================.Beroperasi : Isnin – SabtuLokasi : Warung Penjaja Sementara Matang Jaya ( Berdepan TAKA BAKERY ).=================================.Nak Booking atau Tapau boleh Call :011 369 61985 (Pn. Anis) / 010 960 5107 (Abg GG)

Posted by Warung Mee Kolok Kak Bedah-matang jaya on Selasa, 29 Januari 2019

3. Mee Kolok Mangkuk Merah

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Youtube resipi dagin dendeng,
Mee kolok nyaman ada di Benteng.

Nama dan ‘signature’nya datang dari hidangan mangkuk berwarna merah. Daging dimasak hitam manis.

Alamat: Stall No. 53 Mee Kolok Mangkuk Merah, Medan Niaga Satok (Block E – Benteng), 93050 Kuching, Sarawak
Tel: 014-876 8568 (Eyhan)
Waktu operasi: 10 malam – 2 pagi, dibuka setiap hari

4. Mee Kolok Adi Warong Padang Asli

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Mun ke Thailand ucaplah “Sawadee”,
Mun ke Kuching makanlah mee Adi.

Mee kolok dihidang bersama tulang daging yang ooomph!

Mee Kolok Adi
Alamat: Lorong Satok 9, 93400 Kuching, Sarawak

5. Mee Kolok Tang, Kampung Patingan

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Ada mee kolok di Kampung Patingan,
Menjadi hidangan harian idaman.

Mee Kolok Tang
Kampung Patingan Alamat: 5, Jln Tanjung, Kampung Patingan, 93400 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: 7.00 pagi – 6 petang, Selasa-Ahad (Isnin tutup)

6. Mee Kolok Pak Amit Cafe

Top 6 Mee Kolok Di Kuching
Di hujung kaki namanya tumit
Berjilat sampe hujung jari, ya lah Mee Kolok Pak Amit

Mee Kolok Pak Amit
Alamat: 361-540, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak
Tel: 014-990 1515
Waktu operasi: 7 pagi – 12 tengah malam, dibuka setiap hari

Siapa yang nak cuba mee kolok di Kuching tek?

Italian Eating GIF by Boomerang Official - Find & Share on GIPHY
Aok lah tauk tok spaghetti tapi admin sikpat carik gif mee kolok bah 🙁

Nak cuba sajian tradisional Sarawak yang lain? Jom tengok senarai Top 6 Laksa Sarawak dari kami: Top 6 Laksa Sarawak Di Kuching

Kenali 15 Buah Eksotik Di Sarawak. No. 7 Paling Rare!

Yang mana satu anda pernah makan?

Di samping mempunyai pelbagai makanan hidangan tempatan yang unik, Sarawak juga mempunyai buah-buahan eksotik yang menjadi kegemaran penduduk tempatan.

Berikut ialah 15 buah eksotik yang terdapat di Sarawak.

1. Buah Engkalak

Buah ini adalah salah satu tumbuhan daripada keluarga yang sama kepada Avocado. Ia mempunyai rasa yang masam dan kelat, enak di makan dengan garam halus atau dicecah dengan kicap bagi yang menggemar buah ini.

2. Buah Dabai

Antara buah yang paling digemari penduduk tempatan Sarawak. Ia selalu dijadikan sebagai salah satu lauk semasa makan nasi. Buah dabai yang masak, dalamnya berwarna puting kekuningan dan rasanya tawar tetapi berlemak.

3. Belimbing Api

‘Belimbing api’, sesuai dengan rupanya yang berwarna merah. Rasa buahnya masam-masam manis. Selain daripada isinya dimakan begitu sahaja, penduduk tempatan juga menjadikan ia sebagai jeruk.

4. Buah Kristal

Buah kristal mempunyai persamaan dengan buah longan atau buah laici, iaitu rupa isinya dan rasanya yang manis dan berlemak, tetapi bersaiz lebih besar. Walaupun isinya lembut, kulitnya pula keras dan perlu diretak untuk membukanya.

5. Buah Kelampai

Buah kelampai atau juga dikenali sebagai buah perah. Buah ini semestinya sedap tetapi haruslah disediakan melalui proses yang betul kerana ianya merupakan buah yang beracun.

6. Buah Langgir

Buah ini mempunyai rasa yang manis apabila ia masak. Sebelum masak, warnanya hijau dan setelah masak, warnanya akan menjadi hijau kekuningan. Kulitnya pula mempunyai banyak kegunaan tradisional oleh penduduk tempatan Sarawak.

7. Buah Tampoi

Buah yang paling rare dan terhad di pasaran kerana hanya berbuah tujuh tahun sekali. Walaupun mempunyai kulit yang tebal, isi buah tampoi ini adalah lembut dan ia mempunyai rasa yang manis berlemak.

8. Buah Salak

Salah satu buah eksotik yang popular dalam kalangan penduduk tempatan Sarawak. Dikenali dengan panggilan snake fruit kerana kulitnya yang bersisik seperti kulit ular. Isi buahnya pula mempunyai rasa yang manis tetapi sedikit kelat.

9. Buah Bambangan

Orang Sarawak juga panggil buah ini sebagai buah mawang. Oleh kerana ianya satu keluarga dengan buah mangga, rasa dan rupa isi buah nya pun lebih kurang sama dengan isi buah mangga, iaitu berwarna kekuningan dan masam manis.

10. Buah Pulasan Hijau


Nama buah pulasan berasal dari perkataan pulas kerana hanya perlu dipulas untuk mendapatkan isinya untuk dimakan. Buah ini menyerupai rambutan dan isinya pun sesedap rambutan, iaitu manis tetapi kulit nya adalah lebih kasar.

11. Buah Terap

Selain isinya yang boleh dimakan sebegitu sahaja, isi buah tarap yang masak juga boleh dijadikan dalam adunan tepung untuk membuat cucur dan kuih. Buah tarap yang mentah pula boleh dipotong kecil-kecil untuk dimasak gulai.

12. Durian Isi Merah

Dikenali sebagai durian hutan, buah ini hanya didapati dalam hutan tebal dan liar. Ia mempunyai isi yang lebih manis dan berlemak daripada durian biasa. Keistimewaan ialah buah ini dikatakan tidak terlalu bergas seperti durian yang lain.

13. Durian Isu

Durian isu mempunyai permukaan duri yang lebih panjang dan tirus daripada durian biasa. Isinya pula lebih berwarna kejinggaan dan mempunyai tekstur yang lebih lembut. Walaupun rasanya lebih kurang sama dengan durian biasa, tetapi aroma gas nya dikatakan lebih kuat.

14. Durian Pakan

Durian pakan menyerupai durian biasa tetapi luarannya berwarna jingga kekuningan seperti isinya juga. Durian pakan dikatakan mempunyai rasa yang sama seperti durian isu tetapi lebih manis dan aroma gas buah ini tidaklah sekuat durian isu.

15. Durian Kulit Merah

Selain daripada durian berisi merah, terdapat juga durian yang berkulit merah. Luarannya sangat unik kerana warna nya yang merah. Walaupun luarannya lain, isinya seperti durian biasa dan juga mempunyai rasa yang sama.

Dalam banyak-banyak buah eksotik ini, yang mana telah anda lihat atau cuba? Kongsikan pengalaman anda dengan kami!

6 Mee Jawa Anda MESTI CUBA Di Kuching. No. 3 Tu Memang Padu!

Masuk Semua Mee Jawa Sarawak Ini Dalam Checklist Anda!

Selain daripada laksa Sarawak, Mee Jawa juga merupakan makanan yang wajib dimakan bukan sahaja kepada penduduk Sarawak tapi juga pengunjung dari luar Sarawak. Di sini kami kongsikan 6 Mee Jawa yang wajib dimakan semasa berada di Kuching.

1. Mee Jawa Rajah Cafe

Alamat: Rajah Cafe, Lot 8681-8682, Jalan Pending, Pending Commercial Centre, 93450 Kuching, Sarawak
Contact: 082-340 600

https://goo.gl/maps/ip1158ZCTPy

2. Mee Jawa Asli Pak Cek

Alamat: Warong Nusantara, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Contact: 017-286 7675

https://goo.gl/maps/2rbx5EdLejo

3. Mee Jawa Rabak

Alamat: Syn Wah Hui 新華园Cafe, 86, Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak
Contact: 082-243 711

https://goo.gl/maps/T6SNiwXFNEk

4. Mee Jawa Ramli Yak (Rex)

Alamat: Mom’s Laksa Kopitiam, Ground Floor, SL-2, Jalan Astana, Ave Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Contact: 019-812 8587

https://goo.gl/maps/zB4hDxvSNDH2

5. Mee Jawa Main Bazaar

Alamat: Kafe Lailatul, Near Syarikat Cakah Urusharta Niaga, 7, Jalan Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

https://goo.gl/maps/x6n4JciAiyx

6. Mee Jawa Jan Junaidah

Alamat: Fuyu Cafe, Satok, 93400 Kuching, Sarawak

https://goo.gl/maps/jZRLoUbioZw

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak cuba sajian Sarawak selain Mee Jawa? Baca artikel 6 Mee Kolok Di Kuching Yang Cepat Sold Out

Top 6 LAKSA SARAWAK DI KUCHING

laksatop6_coverimage

6 Laksa Sarawak Di Kuching Anda Mesti Cuba Sekarang

Tidak dinafikan laksa Sarawak ialah makanan yang wajib anda cuba apabila anda di Kuching, Sarawak.

Berikut ialah top 6 laksa Sarawak yang anda harus cuba di Kuching.

1. Laksa Dewi

6 Laksa Sarawak Di Kuching Anda Mesti Cuba Sekarang

Laksa Dewi 
Alamat: Fu Yu Cafe Satok, 516-518, Lorong Rubber 10, 93400 Kuching

2. 126 Laksa

126 Laksa
Alamat: Da’ Apple Kopitiam, 157-169, Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching

3. Madam Tang’s

Madam Tang’s Laksa
Alamat: Lot 16, Wisma Nation Horizon, Jalan Petanak, 93100 Kuching

4. Hamsah@Siot Laksa

Hamsah@Siot Laksa 
Alamat: Kopi Tarik Cafe, 514-520, Lorong Rubber 10, 93400 Kuching

5. Mom’s Laksa

Mom’s Laksa Kopitiam Astana
Alamat: Ground Floor, SL-2, Jalan Astana, Ave Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching

6. Kopi O’ Corner

Kopi O’ Corner 
Alamat: No. 139B, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400 Kuching