Nama Rasmi Wabak Koronavirus, COVID-19

Apakah maksud singkatan COVID-19?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi nama rasmi baharu bagi wabak koronavirus. Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata nama yang dipilih ialah COVID-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit.

Image result for ketua who
Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus

Nama rasmi dipilih bagi mengelak rujukan terhadap satu lokasi geografi tertentu, spesies haiwan atau sekumpulan orang bagi mengelakkan stigmatisasi terhadap bandaraya Wuhan.

Murid-murid kelas pendidikan khas, SK Petra Jaya dikuarantin di Kuching

Manakala, kes di Kuching iaitu murid-murid kelas pendidikan khas, SK Petra Jaya telah dikuarantin di rumah selama dua hari bagi langkah awal pencegahan wabak koronavirus atau COVID-19.

Image result for sk petra jaya
SK Petra Jaya

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Dr Azhar Ahmad berkata arahan kuarantin itu dikeluarkan selepas ahli keluarga seorang murid kelas ini demam selepas kembali dari Singapura. Dr Azhar Ahmad juga memberitahu tempoh kuarantin bergantung dengan nasihat Jabatan Kesihatan.

Menurut sumber Utusan Borneo Online, Sarawak masih bebas COVID-19 setakat ini.

Baca lagi artikel menarik Hospital Khas Koronovirus Siap dalam 6 hari di China >>

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wajah Seiras Eva Mendes, Anak Miri Tasha Jay Gegar Pentas “The Voice of Switzerland”

Penyanyi kelahiran Borneo, Tasha Jay menyanyi di pentas antarabangsa!

Nortasha Dayang, atau nama pentas iaitu Tasha Jay telah mengegarkan pentas menerusi “The Voice of Switzerland” tiga hari yang lepas.

Tasha Jay yang berasal dari Miri, Sarawak telah menetap bersama keluarganya di Bottmingen. Dia mula bernyanyi lagu pertamanya ketika dia berumur dua tahun iaitu “We Will Rock You” oleh Queen. Tasha Jay juga merupakan bekas pemain ragbi untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan telah menjadi pemain ragbi terbaik pada tahun 2010.

Tasha Jay bukan sahaja berbakat dari segi nyanyian, dia juga mempunyai ilmu pengetahuan dalam seni bina hutan dan landskap.

Dia pernah cuba untuk menyertai “The Voice of Germany” tetapi malangnya tidak berjaya pada masa lalu. Bagi memenuhi hasrat terakhir adik lelakinya yang telah meninggal dunia, dia berjanji akan meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian.

Dalam “The Voice of Switzerland”, Tasha Jay telah menyanyikan lagu gubahan Whitney Houston berjudul “I have Nothing”. Lagu ini disampaikan khas buat arwah adik lelakinya kerana dia tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir. Tasha Jay telah berjaya mengagumkan para juri dan juga semua penonton yang menyaksikan persembahannya.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Positif Dadah – Lucinta Luna, nama sebenar Muhammad Fatah Ditangkap

Polis bingung mahu menempatkan di lokap lelaki atau wanita?

Lucinta Luna, merupakan penyanyi dangdut yang juga selebriti Indonesia ditangkap selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis “ecstacy”.

Image result for lucinta luna
Sumber: Google

Polis Indonesia kini bingung untuk menempatkan penyanyi transgender yang berumur 30 tahun itu di lokap lelaki atau wanita selepas selesai proses siasatan nanti.

“Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan),” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Lucinta Luna atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pagi Selasa.

Malah, selebriti telah ditahan bersama-sama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri. Selain itu, pihak polis juga telah menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Sumber: CNN Indonesia

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sarawak Nang Power! Hafiz Suip Dan Bob Yusof Menang Besar di AJL34

Membanggakan malam tadi apabila Hafiz Suip & Bob Yusof telah mengharumkan nama Sarawak di pentas yang cukup berprestij di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Naib juara dimenangi oleh Aman Ra dengan lagu Budak Flat yang membawa pulang wang tunai RM35,000.

Bob Yusof berjaya menyandang tempat ketiga dengan lagu Anta Permana lagu asal oleh Dato Siti Nurhaliza. Gandingan mantap Bob bersama penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza berjaya mencuri perhatian. Bob Yusof berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 dan trofi.

AJL34 Bob Yusof dan Dato’ Siti Nurhaliza – Anta Permana
Tempat ketiga AJL 34 – Bob Yusof (Lagu Anta Permana)

Tidak berakhir disitu, Sarawak sekali lagi berbangga apabila Hafiz Suip juga meraih kemenangan berganda dengan memenangi trofi Vokal Terbaik dan juga Persembahan Terbaik dengan lagu Kisah Cinta Kita. Masing -masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

AJL34 Persembahan Hafiz Suip – Kisah Cinta Kita
Pemenang Persembahan Terbaik AJL 34 – Hafiz Suip (Lagu Kisah Cinta Kita)
Pemenang Vokal Terbaik AJL34 – Hafiz Suip (Lagu Kisah Cinta Kita)

Pelbagai reaksi serta komen positif dan “sweet” turut diberikan ketika persembahan Hafiz di pentas akhir Juara Lagu 34.

Busana bermotifkan Pua Kumbu Sarawak rekaan Hafiz Dressmaker.

Mencuri perhatian, apabila Hafiz bersama isteri tampil dalam acara karpet merah dengan menggayakan busana bermotifkan Pua Kumbu Sarawak. Busana mereka ini telah direka khas oleh Hafiz Dressmaker. Seorang pereka fesyen yang sentiasa menjadi pilihan ramai serta selebriti dan figura tempatan. Larissa Ping – Miss World Malaysia 2018 dan Melissa Francis – artis Iban adalah antara figura tempatan yang sering menggunakan khidmat beliau.

Pereka – Hafiz Dressmaker

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut kami ketahui melalui perkongsian di Instagram oleh anggota Bocey iaitu Fad & Acey.

Menurut adik Abam pula “Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

Memetik laporan Astro Awani, perkara tersebut juga telah disahkan oleh isteri Abam, Nor Hidayah ketika dihubungi.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Salam takziah daripada kami.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Setelah 23 tahun, Le Tour De Langkawi 2020 Kembali Ke Bumi Kenyalang

Petronas Le Tour de Langkawi 2020 kembali lagi di Kuching!

Petronas Le Tour de Langkawi telah berlangsung di perkarangan Padang Merdeka Kuching pada hari ini dan kali terakhir di Sarawak sebagai tuan rumah adalah pada tahun 1997.

Perlumbaan bertaraf antarabangsa ini menyaksikan penyertaan seramai 123 pelumba daripada 21 pasukan dari seluruh negara termasuk pasukan kebangsaan.

Fedorov yang hanya berusia 19 tahun telah ungguli Jelajah Le Tour De Langkawi 2020 di Kuching Sarawak.

Sumber:Bernama

Pelumba Kazakhstan dari pasukan Vino Astana Motors, Yevgeniy Fedorov muncul pemenang Peringkat 1 saingan PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020.

Dia yang menamatkan saingan sejauh 85.6 kilometer (km) di Padang Merdeka, Sarawak dengan catatan1 jam 51 minit 1 saat.

Kejayaan Fedorov itu membolehkannya membolot tiga jersi ditawarkan iaitu Jersi Kuning PETRONAS (pendahulu keseluruhan), Jersi Hijau PETRONAS (raja pecut) dan Jersi Putih (pelumba terbaik Asia).

Tidak lupa juga kepada pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh muncul pelumba terbaik tempatan selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-10.

Sumber:Google

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hospital khas koronavirus siap dalam 6 hari, mula beroperasi Isnin 3 Februari 2020.

Pihak berkuasa Wuhan berjaya menyiapkan sebuah hospital baharu yang dilengkapi 1,000 katil pesakit dalam tempoh enam hari khas bagi merawat pesakit koronavirus.

Seramai 1,400 anggota perubatan tentera akan mula bertugas di hospital terbabit pada hari ini.

Datuk Bandar Wuhan Zhou Xianwang telah menyerahkan hospital yang diberi nama Huoshenshan itu kepada pihak tentera China pada pagi Ahad untuk tindakan lanjut, lapor portal berita CCTV.

Youtube – New China TV. Hospital Huoshenshan yang dibuka untuk merawat pesakit Koronavirus.

Pada 23 Januari lalu, media tempatan China melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu merancang membina dua hospital pneumonia yang baharu ekoran penularan koronavirus di negara berkenaan.

Menurut Beijing News, kedua-dua hospital itu merupakan model pasang siap, yang boleh dibina dalam enam hari. Malah, pembinaan kedua-dua hospital terbabit turut disiarkan secara langsung.

Difahamkan, lebih 40 juta orang yang telah menonton siaran langsung pembinaan kedua-dua hospital terbabit.

Hospital-hospital yang dibina khusus untuk warga China itu turut dilengkapi taman dan terletak berhampiran dengan tasik, di sebuah kawasan luar bandar.

Youtube – New China TV. Leishenshan Hospital dalam pembinan di Wuhan China.

Sebuah lagi hospital iaitu Hospital Leishenshen, dilapor masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada Rabu ini.

Menurut sumber, Hospital Leishenshen akan dilengkapi dengan 1,600 katil pesakit bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan perubatan.

Bukan pertama kali China membina hospital dalam tempoh yang singkat. pada tahun 2003, Hospital Xiaotangshan yang berkapasiti 1,000 katil berjaya disiapkan dalam tempoh enam hari di Beijing.

Like Facebook dan followTwitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

1 Februari – World Hijab Day Khusus Untuk Pemakaian Hijab Secara Global.

Hari Hijab Sedunia merupakan cetusan idea Nazma Khan dan telah mula disambut pada tahun 2013 di 190 negara di seluruh dunia.


Tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berlainan untuk memakai dan mengalami kehidupan berhijab.



Nazma Khan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia selepas dibuli dan menjadi mangsa diskriminasi kerana berhijab.

Menurut Nazma, kebanyakan orang menganggap hijab sebagai simbol penindasan. Dengan acara ini, Nazma berharap ia dapat mengubah fikiran orang bukan Islam tentang mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab.

Info lanjut klik link ini : https://worldhijabday.com/about-us/

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

WHO Isytihar Wabak Koronavirus Kecemasan Kesihatan Global.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai kecemasan kesihatan global.

Malah, angka kematian akibat jangkitan itu kini meningkat kepada 213 orang di China selepas pihak berkuasa kesihatan Hubei memaklumkan 42 lagi kematian dilaporkan pada Khamis.

LIVE: Press conference on the Emergency Committee meeting on #2019nCoV https://t.co/hTQam7RWc9 — World Health Organization (WHO) (@WHO) January 30, 2020

Tambah lagi, Badan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan kecemasan global sebagai peristiwa luar biasa yang merupakan risiko kepada negara-negara lain dan memerlukan koordinasi tindak balas global.

Setakat ini, Malaysia sudah mencatatkan 8 kes positif wabak koronavirus

Sebanyak 22 negara telah melaporkan mempunyai kes koronavirus dengan para saintis ketika ini sedang membuat kajian untuk memahami cirinya dan bagaimana ia tersebar. Pakar berkata terdapat bukti signifikan jangkitan manusia ke manusia.

Epidemik yang berpusat di Wuhan, China itu mencetuskan kebimbangan dunia termasuk dan negara yang turut terkesan Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Jerman, Kanada dan Vietnam.

Like Facebook dan followTwitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

2 pelajar dari Sarawak antara 9 pelajar Malaysia yang terkandas di Wuhan.

Dua warga Sarawak adalah antara sembilan pelajar Malaysia yang terkandas di bandar Wuhan yang terkunci selepas menularnya wabak koronavirus.

Menurut Pengerusi Persatuan Alumni Graduan China Sarawak, Dr Wong Siu Eing, yang berkata sembilan tidak dapat keluar dari bandar sebelum pihak berkuasa di sana mengarahkan penguncian pada 23 Januari 2020.

Memetik laporan See Hua Daily News pada Isnin lalu, walau bagaimanapun pelajar-pelajar Malaysia yang lain yang belajar di Wuhan telah berjaya kembali Malaysia untuk cuti Tahun Baru Cina.

Dr Wong berkata “Kami telah berhubung dengan mereka, dan sembilan ahli keluarga masing-masing dan mereka mengetahui bahawa pelajar tersebut selamat.”

Dr Wong berkata salah seorang pelajar Sarawak kelahiran Bintulu bernama Yao, yang sedang belajar di Universiti Geosains di Wuhan, telah merancang untuk pulang meraikan Tahun Baru Cina pada 24 Januari 2020 namun terpaksa berundur selepas penguncian dikuatkuasakan.

Menurut Yao, dia dan tujuh rakan sekelasnya yang lain dari Malaysia terpaksa tinggal di Wuchang – salah satu daripada tiga bandar di Wuhan.

Mereka tidak dijangkiti dan tinggal di asrama universiti mereka.

Dr Wong berkata pelajar yang terkandas telah memakan makanan yang boleh bertahan selama tiga minggu, dan mereka juga mempunyai alat perlindungan seperti topeng, sarung tangan dan lain-lain.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!