Cukai Tahunan Terlalu Tinggi? Nah! Teknik-Teknik Untuk Kurangkan Cukai. No.7 dan 8 Yang Paling Ramai Tidak Tahu.

Perkara yang pertama sekali korang perlu tahu ialah adakah korang layak dikenakan cukai.

Mulai tahun 2015, individu yang mempunyai jumlah pendapatan melebihi RM 34,000 setahun atau RM 2,833 sebulan selepas potongan KWSP(termasuk pengecualian,perlepasan dan potongan cukai), perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Jumlah pendapatan ialah jumlah daripada gaji, dividen, royalti, ganjaran, hadiah, dan hasil sewaan.

Sumber : Google

Formula pengiraan berapa cukai yang korang perlu bayar:

  • Jumlah dicukai = jumlah pendapatan – *pengecualian cukai – pelepasan cukairebat cukai

Sebagai contoh,(pengiraan tidak termasuk pelepasan dan rebat cukai), jumlah pendapatan tahunan korang ialah RM 65,200 (gaji=RM 42,000;*dividen ASB=RM 3,200;*dividen Tabung Haji=RM 1,000; kerja lebih masa = RM 10,000 dan hasil sewaan=RM 9,000), jadi:

  • Jumlah dicukai=RM 65,200-*RM 3,200(ASB)-*RM 1,000(TH)=RM 61,000
* pengecualian cukai

Jadi jumlah cukai yang korang perlu bayar ialah = RM2,400 (untuk RM50,000 pertama) + RM1,540 (*14% x RM11,000) = RM3,940

*kadar cukai ditetapkan oleh kerajaan boleh rujuk Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk jadual lengkap.
Sumber : Google

Banyak tu yang korang perlu bayar, korang boleh kurangkan lebih dari setengah pembayaran cukai tersebut dengan jenis pelepasan dan rebat cukai seperti berikut:

*Jumlah perlepasan ditolak dari jumlah sebelum kadar cukai dikenakan bukan selepas kadar dikenakan.

Sumber : Google

1. Individu dan saudara tanggungan.

Jenis pelepasan ini korang boleh dapat pelepasan sebanyak RM 9,000. Perlepasan ini diberikan secara automatik apabila korang mengisi eFiling.

Sumber : Google

2. Penjagaan ibu bapa.

Jenis pelepasan ini pula terbahagi kepada dua iaitu (1) perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan) dan (2) penjagaan biasa ibu bapa.

Untuk (1) jumlah pelepasan ialah sebanyak RM 5,000 dan perlu mematuhi syarat-syarat tersebut:

  • Keadaan kesihatan ibu bapa disahkan oleh pengamal perubatan berkelayakan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia
  • Ibu bapa mestilah bermaustatin di Malaysia
  • Rawatan perubatan dan khidmat penjaga yang diambil disediakan di dalam Malaysia

Dari segi aspek perbelanjaan yang dibenarkan untuk pelepasan ini ialah:

  • Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan yang diperuntukkan oleh rumah penjagaan;
  • Rawatan pergigian yang dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi dan membersihkan karang gigi tetapi tidak termasuk rawatan kosmetik seperti menggantikan dan membaik pulih gigi yang melibatkan penyatuan, root canal dan gigi palsu;
  • Bayaran kepada penjaga yang dibuktikan dengan resit atau perakuan bertulis oleh penjaga atau salinan permit kerja penjaga (penjaga mestilah bukan individu, suami / isteri atau anak individu berkenaan)

Untuk (2) pula, jumlah pelepasan ialah sebanyak RM 1,500 bagi hanya seorang ibu dan RM 1,500 bagi hanya seorang bapa. Ia juga perlu mematuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Tuntutan oleh anak kandung dan anak angkat sah di bawah undang-undang sahaja. Tuntutan ke atas ibu atau bapa tiri adalah tidak dibenarkan;
  • Tidak membuat sebarang tuntutan bagi bahagian (1) yang diterangkan di atas;
  • Jika lebih daripada seorang individu menuntut potongan ini, amaun potongan tersebut perlu dibahagi sama rata mengikut bilangan individu yang menuntut berhubung ibu atau bapa yang sama;
  • Hanya ke atas ibu dan/atau bapa berusia 60 tahun atau ke atas (pada bila-bila masa dalam tahun taksiran), dan bermaustatin di Malaysia.
Sumber : Google

3. Yuran pengajian (Sendiri)

Jenis ini pula untuk korang yang sedang belajar diperingkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dan Doktor Falsafah boleh dapat pelepasan sebanyak RM 7,000 atas bayaran yuran pengajian tahunan korang.

Tetapi korang perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  • Pengajian di mana-mana institusi tempatan atau badan profesional di Malaysia yang yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi) atau diluluskan oleh Menteri Kewangan;
  • Bagi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda, hanya untuk bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi sahaja;
  • Bagi pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, sebarang bidang atau kursus pengajian adalah dibenarkan.
Sumber : Google

4. Perbelanjaan gaya hidup

Jenis ini pula korang boleh dapat pelepasan sebanyak RM 2,500. Perbelanjaan yang dibenarkan untuk kegunaan atau manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak seperti berikut:

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium;
  • Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (atas nama sendiri).
Sumber : Google

5. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Jenis ini pula untuk korang yang ada membuat tabungan dalam SSPN, sama ada akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus dan korang boleh mendapat pelepasan sebanyak RM 8,000. Akan tetapi ia hanya terhad kepada jumlah tabungan bersih sahaja iaitu jumlah simpanan dalam tahun 2019 ditolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2019.

Sumber : Google

6. Anak

Jenis ini pula terdapat 3 bahagian, (1) anak berumur di bawah 18 tahun yang belum berkahwin (RM 2,000 seorang), (2) anak berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) (RM 2,000 seorang)

(3) anak berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan memenuhi syarat-syarat berikut (RM 8,000 seorang) :

  • mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia;
  • berkhidmat di bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia;
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
Sumber : Google

7. Insurans nyawa dan KWSP

Jenis ini korang boleh dapat pelepasan sebanyak RM 7,000. Ia tebahagi kepada 2 kategori iaitu (1) penjawat awan berpencen yang mempunyai premium insurans nyawa dan (2) bukan penjawat awam yang mempunyai premium insurans nyawa (terhad RM 3,000) dan mempunyai caruman kepada KWSP atau skim lain yang diluluskan termasuk melalui potongan gaji (terhad RM 4,000)

Sumber : Google

8. Zakat

Jenis ini ialah salah satu rebat cukai yang korang boleh dapat. Yang istimewa nya rebat ini ialah jika jumlah bayaran zakat korang lebih kurang sama dengan jumlah cukai pendapatan, korang tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Seperti contoh kiraan cukai diatas, korang perlu membayar cukai sebanyak RM 3,940, dan katakan korang juga bayar zakat sebanyak RM 3,900 maka korang tidak perlu bayar cukai lagi dengan syarat korang kena bayar zakat pada pihak berkuasa agama yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sahaja.

Berikut merupakan sebahagian daripada pelepasan dan rebat cukai yang korang boleh dapat dan jika korang nak tahu lebih lanjut boleh rujuk Pelepasan Cukai Individu Pemastautin LHDN.

Jadi janganlah ada alasan lagi untuk korang tidak membayar cukai, dan marilah kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab supaya negara kita akan menjadi lebih baik untuk generasi anak-anak kita yang akan datang.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak Kerja Di Kedai ‘Retail’? Ketahui 3 Hak Korang Sebagai Pekerja ‘Retail’. No. 1 Paling Penting!

Sebelum mula bekerja, ketahui dulu hak korang sebagai pekerja ‘retail’. Know your rights!

Kebanyakan generasi muda kini bekerja di kedai ‘retail’ sebagai kerja part-time mereka untuk mencari sumber pendapatan sementara mencari kerja tetap. Ianya kerana kelayakan yang diperlukan untuk menjadi pekerja ‘retail’ tidak memerlukan pengalaman dan kelulusan akademik yang tinggi.

Sumber : Google

Akan tetapi kebanyakan daripada mereka tidak tahu hak mereka sebagai pekerja ‘retail’ dan menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan terhadap mereka.

Jika korang bekerja dalam industri ini, ketahui 3 hak korang sebagai pekerja retail:

1. Majikan tidak boleh tolak gaji sekiranya kes kecurian berlaku

Sebagai contoh yang sering berlaku ialah gaji pekerja ditolak jika terdapat barang yang hilang di kedai. Jika hal sedemikian berlaku, korang boleh bagi tahu kepada majikan korang yang mereka tidak mempunyai hak untuk memotong gaji korang untuk menampung kerugian barang yang hilang tersebut.

Majikan hanya berhak untuk melakukan siasatan dan jika pekerja didapati bersalah maka majikan boleh menurunkan pangkat, pecat atau mengenakan denda kepada pekerja tersebut dan ianya tidak memberi sebarang kesan kepada gaji pekerja tersebut.

Majikan yang melakukan potongan gaji atas sebab kehilangan barang di kedai telah melanggar Seksyen 24 dan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atas setiap kesalahan.

Sumber : Google

2. Hak mempunyai kontrak bertulis

Korang berhak untuk mempunyai kontrak bertulis daripada majikan sekiranya korang bekerja lebih dari sebulan. Korang perlu pastikan yang kontrak tersebut mengandungi perkara-perkara yang penting seperti berikut:

  • Kontrak korang di bawah siapa?
  • Apakah skop kerja, gaji dan manfaat yang korang akan dapat?
  • Status kerja dan adakah korang terikat dalam sebarang exclusive relationship?
  • Bagaimanakah status kerja korang boleh ditamatkan?
  • Apa yang korang akan dapat apabila berhenti kerja?
  • Adakah masih ada sebarang tugas perlu dilakukan selepas berhenti kerja?

Jika salah satu perkara tersebut tidak tersenarai di dalam kontrak, korang berhak untuk meminta majikan korang menyenaraikan perkara tersebut di dalam kontrak.

Sumber : Google

3. Hak berehat selama 30 minit untuk setiap 5 jam bekerja

Selain daripada itu, korang juga berhak untuk berehat sekurang-kurang nya selama 30 minit untuk setiap 5 jam bekerja berturut-turut.

Jika hak korang dicabuli oleh majikan korang, korang boleh buat laporan kepada Jabatan Buruh untuk diambil tindakan.

Sumber : Google

Jika korang nak buat laporan korang boleh memfailkan aduan dengan menghantar surat rasmi kepada Jabatan Buruh yang berdekatan, e-mel ke jtksm@mohr.gov.my, korang juga boleh pergi pejabat Jabatan Tenaga Kerja tempatan terdekat atau hubungi 03-8000 8000.

Pernah terjadi satu kes di mana 7 orang pekerja pembersihan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, menang dalam kes tuntutan untuk tunggakan gaji daripada bekas majikan mereka.

Pekerja-pekerja pembersihan di Politeknik Ungku Omar. Kredit: sosialis.net

Kongsikan kepada kami pengalaman korang bekerja sebagai pekerja ‘retail’ dan pernah tak korang mengalami situasi-situasi seperti diatas.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kenali Thompson Goh, Finalis Tampan Hero Remaja 2020 Dari Kuching

Thompson Goh a.k.a Tom, anak kelahiran Kuching, Sarawak merupakan salah seorang daripada finalis Hero Remaja 2020.

Tom berumur 23 tahun dan mempunyai darah kacukan Melayu dan Cina. Nama Melayu dia ialah Rashidi Bin Abu Bakar dan nama Cinanya ialah Wu Zhi Yao.

Tom kini menetap di Petaling Jaya sudah selama 4 tahun. Dia ialah seorang pelajar separuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tom juga pernah bekerja sebagai admin di sebuah syarikat farmaseutikal industri. Tom seorang yang suka bersukan seperti berenang dan hiking.

Menurut Tom, pada tahun 2016, dia seorang yang pemalu dan tidak dapat berjumpa dengan orang ramai. Tapi dia mengambil keputusan untuk berubah dan berhenti membandingkan dirinya dengan orang lain. Keyakinan Tom untuk berubah telah membawa dirinya ke Hero Remaja pada hari ini.

Marilah kita memberi sokongan kepada Tom supaya dia berjaya dalam bidang yang diceburi olehnya.

Sumber: https://www.instagram.com/iamtomsz/

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

5 Pickup Line Sesuai Untuk Hari Valentine. No.3 Memang Win!

Pick up line merupakan satu trend bagi golongan muda untuk mengorat dan juga untuk bergurau dengan pasangan masing-masing.

Jadi kami sediakan 5 pick up line yang anda boleh cuba.

1. Banyak-banyak bunga cantik yang dijual, cantik lagi wajah awak.

2. Saya tak suka coklat sebab manis, tapi manis wajah awak saya suka.

3. Saya ada 2 bunga untuk awak 1 asli 1 palsu, saya akan sayang awak sampai bunga itu layu.

4. Maaf saya tak ada apa-apa nak bagi, tapi saya boleh bagi hati saya untuk awak.

5. Kenapa perlu teddy bear, kalau awak hanya perlukan saya.

Bolehlah anda cuba ya pick up line yang tersenarai diatas. Dan kongsikan mana satu pick up line yang korang guna dan apa reaksi pasangan anda!

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

SAPE

SAPE, ALAT MUZIK TRADISI SARAWAK, DAN PROSES PEMBUATANNYA

Apa itu Sape?

Sape merupakan sebuah alat muzik tradisi Orang Ulu yang terkenal di kalangan kaum Kenyah dan Kayan di Sarawak. Sape berbentuk seperti bot dan seruling, diperbuat daripada batang kayu. Cara memainkannya lebih kurang sama seperti bermain gitar. Di permukaan Sape kebiasaan mempunyai ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Versi asal Sape ialah dua tali dan kini ia diubah kepada empat atau lebih.

    Gambar : Cikgu Mathew semasa di temu ramah.

Sape sering digunakan sebagai muzik iringan dan dimainkan ketika majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, upacara tradisional dan resepsi tetamu di kalangan kaum Kenyah dan Kayan. Manakala bagi komuniti Dayak, bunyi yang dihasilkan daripada Sape dipercayai mempunyai kuasa ajaib yang di anggap suci. Mereka menggunakan Sape sebagai cara untuk menyembuhkan orang sakit dan juga irigan untuk upacara perdamaian.

Proses membuat Sape.

1. Menebang pokok untuk mendapakan batang kayu .

2. Batang kayu tersebut akan digergaji dan dipotong dalam bentuk blok.

3. Melukis bentuk badan Sape pada kayu tersebut.

4. Menggergaji bentuk Sape.

5. Membentuk bentuk badan Sape menggunakan parang sehingga dapat bentuk Sape yang diingini.

6. Isi pada tengah badan kayu yang telah ditanda akan dibuang dan dikorek sehingga menghasilkan lubang yang memanjang.

7.Permukaan badan Sape akan dihaluskan dan dilicinkan.

8. Akhir sekali diikuti dengan kerja halus seperti mengorek, melakar, mewarna, memotong fred, meletakkan fred menggunakan “bee wax”, memasang tuner dan spring diakhiri dengan “tuning”  Sape.

Image result for mathew ngau"

Like Facebook dan followTwitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!