Sarawak Nang Power! Hafiz Suip Dan Bob Yusof Menang Besar di AJL34

Membanggakan malam tadi apabila Hafiz Suip & Bob Yusof telah mengharumkan nama Sarawak di pentas yang cukup berprestij di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Naib juara dimenangi oleh Aman Ra dengan lagu Budak Flat yang membawa pulang wang tunai RM35,000.

Bob Yusof berjaya menyandang tempat ketiga dengan lagu Anta Permana lagu asal oleh Dato Siti Nurhaliza. Gandingan mantap Bob bersama penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza berjaya mencuri perhatian. Bob Yusof berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 dan trofi.

AJL34 Bob Yusof dan Dato’ Siti Nurhaliza – Anta Permana
Tempat ketiga AJL 34 – Bob Yusof (Lagu Anta Permana)

Tidak berakhir disitu, Sarawak sekali lagi berbangga apabila Hafiz Suip juga meraih kemenangan berganda dengan memenangi trofi Vokal Terbaik dan juga Persembahan Terbaik dengan lagu Kisah Cinta Kita. Masing -masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

AJL34 Persembahan Hafiz Suip – Kisah Cinta Kita
Pemenang Persembahan Terbaik AJL 34 – Hafiz Suip (Lagu Kisah Cinta Kita)
Pemenang Vokal Terbaik AJL34 – Hafiz Suip (Lagu Kisah Cinta Kita)

Pelbagai reaksi serta komen positif dan “sweet” turut diberikan ketika persembahan Hafiz di pentas akhir Juara Lagu 34.

Busana bermotifkan Pua Kumbu Sarawak rekaan Hafiz Dressmaker.

Mencuri perhatian, apabila Hafiz bersama isteri tampil dalam acara karpet merah dengan menggayakan busana bermotifkan Pua Kumbu Sarawak. Busana mereka ini telah direka khas oleh Hafiz Dressmaker. Seorang pereka fesyen yang sentiasa menjadi pilihan ramai serta selebriti dan figura tempatan. Larissa Ping – Miss World Malaysia 2018 dan Melissa Francis – artis Iban adalah antara figura tempatan yang sering menggunakan khidmat beliau.

Pereka – Hafiz Dressmaker

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut kami ketahui melalui perkongsian di Instagram oleh anggota Bocey iaitu Fad & Acey.

Menurut adik Abam pula “Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

Memetik laporan Astro Awani, perkara tersebut juga telah disahkan oleh isteri Abam, Nor Hidayah ketika dihubungi.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Salam takziah daripada kami.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hospital khas koronavirus siap dalam 6 hari, mula beroperasi Isnin 3 Februari 2020.

Pihak berkuasa Wuhan berjaya menyiapkan sebuah hospital baharu yang dilengkapi 1,000 katil pesakit dalam tempoh enam hari khas bagi merawat pesakit koronavirus.

Seramai 1,400 anggota perubatan tentera akan mula bertugas di hospital terbabit pada hari ini.

Datuk Bandar Wuhan Zhou Xianwang telah menyerahkan hospital yang diberi nama Huoshenshan itu kepada pihak tentera China pada pagi Ahad untuk tindakan lanjut, lapor portal berita CCTV.

Youtube – New China TV. Hospital Huoshenshan yang dibuka untuk merawat pesakit Koronavirus.

Pada 23 Januari lalu, media tempatan China melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu merancang membina dua hospital pneumonia yang baharu ekoran penularan koronavirus di negara berkenaan.

Menurut Beijing News, kedua-dua hospital itu merupakan model pasang siap, yang boleh dibina dalam enam hari. Malah, pembinaan kedua-dua hospital terbabit turut disiarkan secara langsung.

Difahamkan, lebih 40 juta orang yang telah menonton siaran langsung pembinaan kedua-dua hospital terbabit.

Hospital-hospital yang dibina khusus untuk warga China itu turut dilengkapi taman dan terletak berhampiran dengan tasik, di sebuah kawasan luar bandar.

Youtube – New China TV. Leishenshan Hospital dalam pembinan di Wuhan China.

Sebuah lagi hospital iaitu Hospital Leishenshen, dilapor masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada Rabu ini.

Menurut sumber, Hospital Leishenshen akan dilengkapi dengan 1,600 katil pesakit bagi mengatasi masalah kekurangan kemudahan perubatan.

Bukan pertama kali China membina hospital dalam tempoh yang singkat. pada tahun 2003, Hospital Xiaotangshan yang berkapasiti 1,000 katil berjaya disiapkan dalam tempoh enam hari di Beijing.

Like Facebook dan followTwitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

1 Februari – World Hijab Day Khusus Untuk Pemakaian Hijab Secara Global.

Hari Hijab Sedunia merupakan cetusan idea Nazma Khan dan telah mula disambut pada tahun 2013 di 190 negara di seluruh dunia.


Tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berlainan untuk memakai dan mengalami kehidupan berhijab.



Nazma Khan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia selepas dibuli dan menjadi mangsa diskriminasi kerana berhijab.

Menurut Nazma, kebanyakan orang menganggap hijab sebagai simbol penindasan. Dengan acara ini, Nazma berharap ia dapat mengubah fikiran orang bukan Islam tentang mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab.

Info lanjut klik link ini : https://worldhijabday.com/about-us/

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

WHO Isytihar Wabak Koronavirus Kecemasan Kesihatan Global.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai kecemasan kesihatan global.

Malah, angka kematian akibat jangkitan itu kini meningkat kepada 213 orang di China selepas pihak berkuasa kesihatan Hubei memaklumkan 42 lagi kematian dilaporkan pada Khamis.

LIVE: Press conference on the Emergency Committee meeting on #2019nCoV https://t.co/hTQam7RWc9 — World Health Organization (WHO) (@WHO) January 30, 2020

Tambah lagi, Badan Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan kecemasan global sebagai peristiwa luar biasa yang merupakan risiko kepada negara-negara lain dan memerlukan koordinasi tindak balas global.

Setakat ini, Malaysia sudah mencatatkan 8 kes positif wabak koronavirus

Sebanyak 22 negara telah melaporkan mempunyai kes koronavirus dengan para saintis ketika ini sedang membuat kajian untuk memahami cirinya dan bagaimana ia tersebar. Pakar berkata terdapat bukti signifikan jangkitan manusia ke manusia.

Epidemik yang berpusat di Wuhan, China itu mencetuskan kebimbangan dunia termasuk dan negara yang turut terkesan Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Jerman, Kanada dan Vietnam.

Like Facebook dan followTwitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

MILIKI IJAZAH AUSTRALIA PADA KADAR YURAN IPTA di SWINBURNE SARAWAK

Dengan Skim Bursari BP40, anda boleh memiliki ijazah Australia bertaraf antarabangsa di Swinburne Kampus Sarawak tanpa berbelanja lebih untuk yuran pengajian.

Mulakan pengajian anda dalam peringkat pra-universiti, diploma dan ijazah sarjana muda pada kos subsidi serendah yuran pengajian di universiti awam di Malaysia.

Program yang ditawarkan dan yuran Skim Bursari BP40.

Pelajar layak untuk memohon pinjaman pelajaran Yayasan Sarawak untuk membiayai yuran pengajian yang selebihnya. Pelajar yang layak juga akan ditawarkan elaun sara hidup sebanyak RM4,000 setahun selama tempoh pengajian.

Setelah tamat pengajian, rebat yuran juga ditawarkan untuk purata gred mata kumulatif 3.5 ke atas iaitu sebanyak 75% yuran pengajian dan purata gred mata kumulatif 3.0 ke atas iaitu sebanyak 50% yuran pengajian.

Apakah syarat-syarat lain untuk memohon, klik link ini :https://swinburne.edu.my/apply-now/bp40/bm.html untuk maklumat lanjut.

Tawaran ini terhad untuk 100 pelajar Bumiputera sahaja. Rebut sekarang!

Image may contain: text that says "SukaSuka GOLONGAN B40 M40 T20 Takrifan pendapatan rumah golongan masyarakat di Malaysia B40 Dikenali sebagai laitu kumpulan isi rumah TERENDAH. Pendapatan seisi rumah purata bulanan bawah RM4,360.00 Penduduk Malaysia adalah 40% terdiri daripada golongan ini. M40 Dikenali sebagai MIDDLE laitu kumpulan isi rumah PERTENGAHAN. Pendapatan seisi rumah purata bulanan di antara RM4,360.00 RM9,619.00 Penduduk Malaysia adalah 40% terdiri golongan T20 Dikenali sebagai TOP laitu kumpulan isi rumah Pendapatan seisi rumah purata bulanan RM9,620.00 dan ke atas. Penduduk Malaysia adalah 20% terdiri daripada golongan ini. ini. SukaSukaMY"
Gambar : Takrifan pendapatan isi rumah masyarakat Malaysia.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

2 pelajar dari Sarawak antara 9 pelajar Malaysia yang terkandas di Wuhan.

Dua warga Sarawak adalah antara sembilan pelajar Malaysia yang terkandas di bandar Wuhan yang terkunci selepas menularnya wabak koronavirus.

Menurut Pengerusi Persatuan Alumni Graduan China Sarawak, Dr Wong Siu Eing, yang berkata sembilan tidak dapat keluar dari bandar sebelum pihak berkuasa di sana mengarahkan penguncian pada 23 Januari 2020.

Memetik laporan See Hua Daily News pada Isnin lalu, walau bagaimanapun pelajar-pelajar Malaysia yang lain yang belajar di Wuhan telah berjaya kembali Malaysia untuk cuti Tahun Baru Cina.

Dr Wong berkata “Kami telah berhubung dengan mereka, dan sembilan ahli keluarga masing-masing dan mereka mengetahui bahawa pelajar tersebut selamat.”

Dr Wong berkata salah seorang pelajar Sarawak kelahiran Bintulu bernama Yao, yang sedang belajar di Universiti Geosains di Wuhan, telah merancang untuk pulang meraikan Tahun Baru Cina pada 24 Januari 2020 namun terpaksa berundur selepas penguncian dikuatkuasakan.

Menurut Yao, dia dan tujuh rakan sekelasnya yang lain dari Malaysia terpaksa tinggal di Wuchang – salah satu daripada tiga bandar di Wuhan.

Mereka tidak dijangkiti dan tinggal di asrama universiti mereka.

Dr Wong berkata pelajar yang terkandas telah memakan makanan yang boleh bertahan selama tiga minggu, dan mereka juga mempunyai alat perlindungan seperti topeng, sarung tangan dan lain-lain.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Car Seat Kanak-Kanak Wajib Bermula 1 Januari 2020

Car seat kanak-kanak bermula 1 Jan 2020

Jumlah kematian yang membabitkan kanak-kanak dan bayi di Malaysia sangat tinggi.

Bagi mengelakkan anak anak kecil anda ditimpa kecederaan yang mungkin melibatkan kematian, satu formula undang-undang bagi membendungnya daripada menjadi para telah dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.

Kerajaan Malaysia telah mengarahkan JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang car seat wajib 2020 umur anak-anak anda yang mempunyai ketinggian kurang 135cm. Yang ingkar akan dikenakan saman jpj RM300

Penguatkuasa undang-undang ini bermula 1 Januari 2020.

Fakta Car Seat Wajib Bermula 2020

Ada 5 fakta kesemuaanya boleh semak seperti di bawah ini:

  1. Tiada had umur mahupun berat ditetapkan oleh kerajaan Kerajaan untuk anak-anak anda memakai car seat.
  2. Ketinggian anak-anak anda sebagai penanda aras untuk menggunakan car seat sewaktu pemanduan di atas jalan raya. Mana-mana anak-anak anda yang ketinggian kurang 135cm tidak kiralah bayi, budak darjah, daarjah 5 selagi umur kurang 135cm WAJIB pakai car seat.
  3. Semua car seat hendaklah diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta
  4. Spesifikasi mengikut jenis car seat ada kami kongsikan seperti gambar-gambar di bawah.
  5. Dan paling pentingnya, car seat yang anda bakal beli mesti ada cop kelulusaan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama dengan label QR MIROS.

Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita palsu Virus Corona yang tersebar di Malaysia.

Jangan sebar berita palsu!

Baru-baru ini penyebaran mengenai virus korona telah tular di media sosial termasuk aplikasi Whatsapp yang memaparkan berita palsu.

Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai penyebaran koronavirus kerana boleh mengakibatkan panik dan kerisauan berlebihan kepada masyarakat sekiranya sumber maklumat tidak diketahui.

Semak terlebih dahulu sebarang dakwaan yang ditularkan di media sosial mengenai Koranavirus.

Antara berita palsu yang tular di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp:

Kes berita PALSU Virus Korona direkodkan di pelbagai lokasi.

Image may contain: text

Kes Virus Korona direkodkan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Image
Sumber: Bernama

Dakwaan kes 2019 Virus Korona direkodkan di Kuantan

Image
Sumber: Bernama

KPJ Seremban nafi terdapat pesakit terkena jangkitan koronavirus

Image
Sumber:Bernama

Tular seorang individu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu

Image
Sumber:Bernama

Dakwaan senarai kawasan dalam keadaan berjaga-jaga akibat penularan virus korona

Image
Sumber:Bernama

Gambar seorang lelaki terlantar di katil hospital didakwa akibat dijangkiti virus korona

Image

Kerajaan Negeri nafi kes virus korona di Melaka

Image
Sumber: Bernama

Kes jangkitan 2019 Novel Virus Korona di Hospital Seberang Jaya

Image
Sumber:Bernama

Tiada kes disyak virus korona direkodkan di mana-mana hospital di Pahang

Image
Sumber:Bernama

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Polis JB tahan semula pelancong China bersama anak yang disyaki dijangkiti Coronavirus.

Kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti coronavirus dan dilarikan ibu bapanya yang mengelak kuarantin di hospital JB, sudah ditahan semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, juga mengesahkan laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) awal pagi semalam mengenai kejadian itu yang tular di media sosial malam tadi.

“Ya, malam tadi mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi tindakan lanjut, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu sebelum penahanan semula, lapor Harian Metro semalam, kanak-kanak tersebut disyaki mempunyai simptom koronavirus.  Difahamkan, kanak-kanak itu datang ke hospital awam pada jam 10.18 malam selepas disarankan hospital swasta kerana dia mempunyai simptom influenza seperti demam, batuk dan demam kejung. Tetapi pasangan itu tidak mengakui perkara itu.  Selepas diperiksa, doktor mengesahkan pesakit itu mempunyai demam virus yang dipercayai koronavirus, lalu memaklumkan kepada pasangan itu bahawa anak mereka perlu dipindahkan ke hospital awam lain untuk dikuarantin dan siasatan lanjut.  Tetapi pasangan itu enggan berbuat demikian atas alasan mereka perlu pulang ke China dan sudah menempah tiket penerbangan ke negara itu yang dijadualkan berlepas pada jam 10 pagi hari ini. 


Pihak hospital menjelaskan, pihak berkuasa di lapangan terbang tidak akan membenarkan mereka berbuat demikian kerana suhu badan anaknya yang tinggi. Pasangan itu tetap berdegil dan mahu anaknya dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.  Disebabkan kedegilan pasangan itu, doktor terpaksa membuat laporan polis. 

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!