Penerbangan Kuching-Jeddah Bagi Umrah Bakal Lancar Seawal April 2020

Sik perlu transit di KL dah!

Umat Islam di Borneo bakal mampu melaksanakan umrah mereka tanpa perlu transit ke Kuala Lumpur selepas penerbangan terus Kuching-Jeddah dilancarkan pada tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Kredit: SarawakVoice.com

Memetik laporan The Borneo Post, Abdul Karim penerbangan ini akan bermula April atau Mei tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak sedang mengkaji Kuching sebagai ‘Umrah Hub’ bagi jemaah umrah dari negara jiran seperti Kalimantan, Pulau Jawa Indonesia, Sabah dan Brunei juga dapat mengambil penerbangan terus ini dari Timur Tengah.

Pada 30 Disember tahun lalu, Abdul Karim menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan ATS Global Travel dan Charter Sdn Bhd untuk mengatur laluan penerbangan haji yang meliputi Jeddah dan Madinah sebagai usaha menjadikan Kuching sebagai ‘Umrah Hub’.

Abdul Karim berkata harapan kerajaan negeri adalah untuk Kuching menjadi pusat transit sekurang-kurangnya 100,000 hingga maksimun 300,000 jemaah umrah sekaligus meningkatkan pendapatan tahunan sebanyak RM50 juta hingga RM150 juta bagi Sarawak.

Moga direct flight Kuching-Jeddah memudahkan umat Islam di Borneo melaksanakan umrah.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *