Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut kami ketahui melalui perkongsian di Instagram oleh anggota Bocey iaitu Fad & Acey.

Menurut adik Abam pula “Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

Memetik laporan Astro Awani, perkara tersebut juga telah disahkan oleh isteri Abam, Nor Hidayah ketika dihubungi.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Salam takziah daripada kami.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *