Sarawak Nang Power! Hafiz Suip Dan Bob Yusof Menang Besar di AJL34

Membanggakan malam tadi apabila Hafiz Suip & Bob Yusof telah mengharumkan nama Sarawak di pentas yang cukup berprestij di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Naib juara dimenangi oleh Aman Ra dengan lagu Budak Flat yang membawa pulang wang tunai RM35,000.

Bob Yusof berjaya menyandang tempat ketiga dengan lagu Anta Permana lagu asal oleh Dato Siti Nurhaliza. Gandingan mantap Bob bersama penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza berjaya mencuri perhatian. Bob Yusof berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000 dan trofi.

AJL34 Bob Yusof dan Dato’ Siti Nurhaliza – Anta Permana
Tempat ketiga AJL 34 – Bob Yusof (Lagu Anta Permana)

Tidak berakhir disitu, Sarawak sekali lagi berbangga apabila Hafiz Suip juga meraih kemenangan berganda dengan memenangi trofi Vokal Terbaik dan juga Persembahan Terbaik dengan lagu Kisah Cinta Kita. Masing -masing membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

AJL34 Persembahan Hafiz Suip – Kisah Cinta Kita
Pemenang Persembahan Terbaik AJL 34 – Hafiz Suip (Lagu Kisah Cinta Kita)
Pemenang Vokal Terbaik AJL34 – Hafiz Suip (Lagu Kisah Cinta Kita)

Pelbagai reaksi serta komen positif dan “sweet” turut diberikan ketika persembahan Hafiz di pentas akhir Juara Lagu 34.

Busana bermotifkan Pua Kumbu Sarawak rekaan Hafiz Dressmaker.

Mencuri perhatian, apabila Hafiz bersama isteri tampil dalam acara karpet merah dengan menggayakan busana bermotifkan Pua Kumbu Sarawak. Busana mereka ini telah direka khas oleh Hafiz Dressmaker. Seorang pereka fesyen yang sentiasa menjadi pilihan ramai serta selebriti dan figura tempatan. Larissa Ping – Miss World Malaysia 2018 dan Melissa Francis – artis Iban adalah antara figura tempatan yang sering menggunakan khidmat beliau.

Pereka – Hafiz Dressmaker

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *