Kajian: Sarawak Negeri Paling Romantik Di Malaysia

Tahukah anda Valentine’s Day tidak lama lagi?

Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu sambutan yang diadakan pada 14 Februari pada setiap tahun.

Berdasarkan kajian daripada Picodi.com, mereka mendapati bahawa rakyat Malaysia merupakan individu yang paling romantik yang menetap di negara ini.

Sumber: Picodi.com

Sarawak menduduki ranking yang teratas diikuti Johor dan juga Sabah di Malaysia.

Berdasarkan hasil dapatan Picodi.com, terdapat peningkatan dalam kekerapan menggunakan perkataan atau istilah yang berkait rapat dengan Valentine’s Day di seluruh Malaysia.

Antaranya ialah termasuk frasa dan juga kata-kata seperti “Valentine’s Day”, “love confession”, “love” dan “flower”.

Beberapa negeri seperti Sarawak dan Johor dianggap lebih romantik kerana suka untuk melakukan sesuatu yang lebih istimewa buat insan yang tersayang lebih tinggi daripada negeri yang lain.

Sumber: Picodi.com

Berdasarkan kajian ini, penduduk yang menetap di bahagian timur Malaysia adalah negeri yang paling romantik di mana Sarawak dan Sabah masing-masing menduduki ranking pertama dan ketiga.

Di antara semua negeri tersebut, Putrajaya merupakan negeri yang menunjukkan kurang minat dalam melakukan sesuatu yang romantik buat pasangannya pada Valentine’s Day.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh layari Picodi.com ke https://www.picodi.com/my/bargain-hunting/where-do-the-most-romantic-malaysians-live

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *