Koronavirus: Lapan warga China Dikuarantin Di Johor Bahru

Terbaharu, lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada hari Khamis.

Menurut laporan oleh Astro Awani, mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.

Kredit: Bernama

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya seminggu.

They are being monitored, they are isolated in a hotel and they will be monitored at least one week. They are not patients, they are being observed to see whether they have developed the symptoms or not, just in case since they have contacts with the confirmed case in Singapore. So far, none,” kata Dr Lee.

(“Mereka sedang dipantau dan diasingkan di sebuah hotel untuk seminggu. Mereka bukanlah pesakit, namun dipantau secara rapat untuk memastikan sama ada ada simptom koronavirus kerana mereka telah bersama-sama dengan seorang lelaki yang telah disahkan positif di Singapura,” kata Dr Lee.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *