POK! Jom Ke Pasar Orang Kita Di CHIC Kuching Hingga 19 November

Pasar seni POK kini berlangsung sehingga 19 November

Pok ialah gelaran mesra di Sarawak yang digunakan oleh lelaki untuk memanggil mana-mana lelaki yang dikenali atau tidak dikenali. Kalau di Semenanjung, gelaran yang digunakan ialah “Mamat”.

POK atau Pasar Orang Kita ialah satu acara seni tempatan yang sedang diadakan hingga 19 November 2019 di lorong antara Creative Heritage Innovation Centre (CHIC) dan Museum Headquarters di Kuching, Sarawak.

Acara anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) bertujuan untuk menyediakan platform untuk usahawan muda, artis dan perniagaan untuk memperagakan produk dan kemahiran mereka.

Antara produk yang ada di POK ialah makanan, aksesori, pakaian dan reka bentuk kreatif.

Kurator Pasar Orang Kita ialah Momentum KCH, satu usaha komuniti Kuching yang berusaha membina lebih banyak platform seni dan belia serta Jambu Vodca yang berusaha menjalankan acara belia di sekitar Kuching.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *