Penjara 2 Tahun, Denda RM10,000 Jika Merokok Di Kedai Makan Mulai 1 Januari 2020

Bagi para perokok, bersedialah awal-awal

Bermula 1 Januari 2020, tindakan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan mula dikuat kuasakan.

Mulai 1 Januari depan, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis makanan.

Perokok yang ingkar larangan tersebut, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Dari jumlah tersebut, 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.

Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan bimbingan berhenti merokok sama ada di fasiliti awam mahupun swasta boleh mendaftarkan diri di laman sesawang jomquit.moh.gov.my.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *