Pelajar SMK Riam Guna Daun Tubu Untuk Ganti MSG Dan Menang Anugerah Khas Di Seoul

2 pasukan dari SMK Riam menangi anugerah khas di anugerah pencipta di Korea Selatan

Dua pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Riam, Miri, menempa nama di peringkat antarabangsa selepas memenangi beberapa pingat dan anugerah di Korea Cyber International Genius Inventor Fair (CIGIF) 2019 di Seoul pada 2-3 November.

Menurut Utusan Borneo, Pasukan Tborneo diwakili Natalie Gituen Liso, Law Zhen Yen, and Allycia Nanu Bong telah merangkul Pingat Emas dan Anugerah Khas World Inventors Association (WIA).

Pasukan terbabit berjaya menghasilkan perisa semulajadi yang menggunakan daun tubu (Pycnarrhena tametacta) dalam bentuk serbuk dan kiub sebagai pengganti kepada perasa tambahan monosodium glutamat (MSG).

Satu lagi pasukan iaitu Yucava diwakili Daniel Dennis, Nurnaziha Hasmady dan Eugenia Lavang Jalong telah berjaya meraih Anugerah Pingat Perak dan Anugerah Khas Asian Invention Creativity Association (AICA).

Mereka telah mencipta sudu mesra alam sebagai untuk menggantikan sudu plastik.

Pengetuanya Normah Abdul Latiff berbangga dengan pencapaian itu selepas sekolah itu menewaskan 70 pasukan dari 12 buah negara termasuk Korea Selatan, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, Kanada, dan Indonesia.

Cikgu Forinna Rosini Lanity, Law Sie Siek, dan Enjila Ales juga menerima Anugerah Khas CIGIF Teacher Achievement.

Beliau juga berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR), Sarawak Multimedia Authority (SMA), PPD Miri, PIBG, ibu bapa dan guru hasil kejayaan itu.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *