Sarawak Forestry Selamatkan Burung Hantu Rare Yang Diikat Di Luar Kedai Runcit

Kaki burung hantu itu didapati diikat dengan wayar pada sebatang besi yang diletakkan di luar kedai runcit pemilikĀ 

Sarawak Forestry (SFC) di Miri menyelamatkan seekor burung hantu yang jarang dijumpai dan dijadikan sebagai tarikan dan ‘pemikat pelanggan’ di sebuah kedai runcit di sini pada Isnin. 

Menurut Utusan Borneo, pemilik kedai runcit didapati mengikat kaki burung hantu itu menggunakan wayar pada sebatang besi yang diletakkan di luar kedai runcitnya. 

Burung hantu bubu atau dikenali sebagai ‘Barred Eagle-Owl‘ ialah sejenis spesies yang dilindungi dan diletakkan di pintu masuk kedai runcit berkenaan. 

Burung yang diselamatkan itu akan dihantar ke Taman Rizab Semulajadi Piasau di Miri untuk pemeriksaan, sebelum dihantar ke Tapak Perlindungan Hidupan Liar Matang di Kuching untuk dilepaskan ke habitat asal. 

Ingin membuat laporan tentang hidupan liar? Ini caranya.

Orang ramai boleh memberi maklumat kepada Sarawak Forestry:

Hotline:  1-800-88-2526

Emel: info@sarawakforestry.com

Facebook: Sarawak Forestry

Laman web: www.sarawakforestry.com

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *