Siaran TV Analog Sarawak Bakal Tamat 31 Oktober

Dah beli dekoder belum?

Sarawak akan beralih sepenuhnya kepada siaran televisyen (TV) digital myFreeview daripada siaran TV terestrial analog mulai 31 Oktober ini.

Dengan my Freeview para penonton boleh menikmati pelbagai saluran TV, radio dan aplikasi-aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian dan pembelajaran interaktif melalui 15 saluran TV dan enam saluran radio termasuk TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, dan Bernama News Channel (BNC) secara percuma tanpa sebarang yuran bulanan. Wow!

Siaran TV digital myFreeview menjanjikan imej gambar yang lebih tajam, bunyi berkualiti tinggi dan perkhidmatan TV interaktif.

Peralihan Seluruh Malaysia Dilakukan Secara Berperingkat Sejak 30 September

Dengan fasa terakhir penutupan ini, seluruh Malaysia akan beralih sepenuhnya kepada siaran TV digital myFreeview susulan daripada proses peralihan di kawasan-kawasan wilayah tengah, selatan, utara dan timur secara berperingkat bermula 30 September 2019 yang lalu.

Peralihan itu menandakan berakhirnya era penyiaran TV analog di seluruh Malaysia yang ditawarkan secara percuma sejak 1963.

Dah tukar ke TV Digital ke belum?

Bagi anda yang masih belum beralih kepada siaran TV Digital myFreeview boleh lihat video di bawah atau video-video tutorial pemasangannya di pautan ini.

Dekoder percuma turut diedarkan kepada 2 juta isi rumah B40 dan mereka boleh memeriksa kelayakan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888 atau melayari laman www.mytvbroadcasting.my/B40 atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1800-18-1088. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *