Sertai 2,000 Orang Makan Di Jalan Padungan Kuching Di “The Longest Street Party” Ahad Ini

Jom Makan Sambil Beramal Di Sepanjang Jalan Padungan

Padungan Street Party ialah parti buat pertama kalinya diadakan di sepanjang Jalan Pandungan. Pada julung kalinya, premis-premis makanan di Padungan bergabung untuk menutup Jalan Padungan untuk menyediakan meja makan terpanjang di Kuching.

Seramai 2,000 orang dijangka akan makan malam di tengah jalan tersebut dengan juadah makanan paling popular di Padungan. Para pengunjung juga akan dihibur dengan muzik dan tarian oleh Alena Murang, The Moff, Amore, Soul Dance and Yadi.

Terdapat 4 pihak yang bekerjasama untuk mengadakan parti ini iaitu: Olivia Ting dari Meritin Hotel, Jacqueline Fong dari Batik Boutique Hotel, Jason Chew dari Events Horizon dan Samuel Wong dari The Filmmakers. Keempat-empat individu ini menubuhkan Jawatankuasa Project New Beginnings.

Dana Untuk Tragedi Kebakaran Rumah Panjang

Project New Beginnings ialah sebuah projek kesedaran tentang tragedi kebakaran rumah panjang. Jawatankuasa tersebut telah mula mengumpul dana untuk membina semula rumah panjang yang terbakar. Rumah panjang yang akan dibantu melalui parti tersebut terletak di kawasan tanah tinggi Sarawak, iaitu:

  • Long Palai in Telang Usan, musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada tahun 2019
  • Long Peluan in Ulu Baram, musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada tahun 2018
  • Long Seridan in Ulu Tutoh, musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada tahun 2016
  • Long Tuyut in Ulu Lapok, musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada tahun 2012
  • Bued Main Beruh in Bario, musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada tahun 2000

Objektif Project New Beginnings adalah untuk membantu mangsa-mangsa rumah panjang untuk membina semula rumah mereka supaya mereka dapat membina semula hidup mereka.

“It seems wrong that people could remain homeless for so long, as every Malaysian should have the basic right to safe shelter.” – Jacqueline Fong

Dana yang terkumpul dari tabung derma serta hasil jualan tiket dari Padungan Street Party akan diserahkan ke jawatankuasa pembinaan semula rumah panjang masing-masing. Setakat ini, jumlah derma yang terkumpul ialah RM150,000. Sebahagian besar derma ini datang dari Handal Energy Berhad, Sarawak Energy Berhad, Bintulu Port Holdings Berhad, IOI Group dan individu.

Pembinaan semula rumah panjang tersebut belum siap walaupun beberapa kampung tersebut telah mengalami tragedi beberapa tahun dahulu. Menurut Jacqueline Fong, “It seems wrong that people could remain homeless for so long, as every Malaysian should have the basic right to safe shelter.”

Jom Sertai Padungan Street Party Ahad Ini!

Parti ini terbuka kepada orang awam. Namun jika anda ingin dihidang makan malam di Jalan Pandungan, anda perlu membayar tiket pada RM100 untuk menikmati 8 hidangan dan 2 minuman.

Tiket boleh dibeli di Batik Boutique Hotel atau Meritin Hotel, atau di laman web padunganstreetparty.iticket.com.my.

Untuk maklumat lanjut, layari pautan berikut:

Project New Beginnings – Jawatankuasa yang mengelola projek kesedaran mengenai tragedi kebakaran rumah panjang di kawasan tanah tinggi Sarawak.

What About Kuching – Padungan Street Party dianjurkan sempena What About Kuching 2019.

Notis Penutupan Jalan Padungan

  • Penutupan sebelah jalan di Jalan Padungan mulai 10 malam pada 26 Oktober 2019 (Sabtu).
  • Jalan Padungan ditutup sepenuhnya mulai 2 petang hingga 11.59 malam pada 27 Oktober 2019 (Ahad).
  • Penutupan sebelah jalan di Jalan Padungan sehingga 5 pagi pada 28 Oktober 2019 (Isnin).

Tempat Letak Kereta Alternatif

Tempat letak kereta alternatif:

  • Song Kheng Hai
  • Tun Jugah Mall
  • UTC
  • Travillion

Padungan Street Party

Tarikh: 27 Oktober 2019 (Ahad)

Tempat: Jalan Padungan

Sukarelawan Diperlukan!

Pihak penganjur memerlukan sukarelawan untuk menjayakan parti ini. Berikut ialah cara menjadi sukarelawan di Padungan Street Party.

Marilah sama-sama kita membantu penduduk di rumah panjang tersebut dengan mengunjungi sambil beramal di Padungan Street Party 27 Oktober ini.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *