Asal Usul Teh Boba

Dengan teksturnya yang kenyal, ketagihan terhadap bebola ubi kayu dilengkapi dengan teh susunya yang berkrim tidak dapat dinafikan.

Teh Boba ialah satu hidangan teh yang telah menjadi sensasi bukan sahaja di negara asalnya Taiwan, tetapi juga di negara lain.

Kini, Malaysia juga tidak ketinggalan dengan rantaian Teh Boba yang sudah bertapak di sekitar Malaysia. Persoalannya, siapakah yang memulakan idea meletakkan bebola ubi kayu ke dalam teh?

Sejarah Boba

Boba dipercayai bermula pada akhir 80-an, dari Taiwan. Teh susu tidaklah asing di Asia Timur kerana meminum teh adalah budaya warga asia. Pada tahun 80-an, ais kepal dan bebola ubi kayu adalah pencuci mulut yang popular. Pada musim panas, seorang pemilik gerai terfikir untuk menggabungkan dua bahan tersebut ke dalam teh susu untuk menjadi satu minuman, maka terjadilah teh boba.

Perkataan boba berasal daripada istilah untuk payudara dalam bahasa Cina kerana bentuk bebola ubi kayu yang bulat.

Boba berkembang dari masa ke masa apabila ia semakin meluas di seluruh Taiwan. Pemilik-pemilik gerai memperkenalkan boba dengan menggunakan serbuk dan sirap buah-buahan sebagai ganti buah sebenar. Pilihan topping pula bertambah selain daripada bebola ubi kayu seperti jelly, pudding, aloe vera dan kacang merah. Bahkan dalam boba klasik, susu dalam teh susu dihasilkan dengan krim bukan tenusu kerana ianya lebih stabil dan sebagai hasilnya, minuman itu menjadi terkenal dengan rasa yang sangat manis dan berkrim.

Cara membuat “Boba”

Membuat boba agak mudah. Bahagian yang paling sukar tetapi penting adalah menyediakan bebola ubi kayu.

Bebola ubi kayu dijual kering dan untuk menyediakannya haruslah direbus selama 30 minit. Selepas itu ianya disejukkan dalam 30 minit juga.

Bebola ubi kayu tidak boleh terlalu lembik kerana semuanya akan bercantum. Terlalu keras pula akan menyebabkan ianya sukar untuk dikunyah. Peranan boba dipengaruhi oleh tekstur bebola ubi kayu.

Dalam Bahasa cina, terdapat satu perkataan untuk konsistensi yang sempurna bermaksud kenyal iaitu “QQ”.

Setiap hidangan boba dimulakan dengan satu senduk bebola ubi kayu, diikuti dengan teh atau jus dan kemudian diletak ais. Dihidangkan dalam cawan plastik khas dan ditutup dengan pembalut plastik yang dikedap menggunakan mesin pengedap plastik yang dilakukan secara automatik.

Kedai-kedai boba pada masa sekarang juga berkembang dengan trend yang membolehkan pelanggan menyesuaikan jumlah ais dan gula yang ditambah ke dalam minuman boba mereka.

Adakah teh boba satu minuman yang sihat?

Teh boba secara tradisionalnya telah dibuat dengan bahan-bahannya tersendiri. Oleh kerana penyediaannya menggunakan teh yang tidak segar dan kandungan gula yang banyak, ianya telah menyebabkan pihak umum memberi persepsi teh boba sebagai hidangan minuman yang tidak sihat.

Namun, apa yang ramai tidak tahu ialah teh boba boleh dijadikan sebagai hidangan minuman yang sihat sekiranya meminta kadar gula yang lebih rendah, menggantikan krim bukan tenusu dengan susu segar dan kurangkan bilangan toping ataupun tolakkan sepenuhnya.

Cara membuat ice-blended Teh Boba sihat

  1. 1 sudubesar serbuk teh hijau matcha (0 kalori)
  2. 1 cawan susu badam (40 kalori)
  3. ½ cawan ais batu (0 kalori)
  4. 10 titisan cecair stevia bagi tujuan pemanis (0 kalori)
  5. ¼ cawan bebola ubi kayu (110 kalori)
  6. Air rebus dengan larutan 10 titisan stevia (0 kalori)

Pertama sekali, kisarkan bahan 1-4 bersama menggunakan mesin pengisar sehingga sebati.

Selepas itu, rebuskan bebola ubi kayu di dalam air yang telah dilarutkan dengan 10 titisan stevia.

Setelah bebola ubi kayu sudah siap, letakkan ke dalam cawan.

Akhir sekali air teh susu dituangkan sekali ke dalam cawan, kemudian Teh Boba yang sihat sedia dinikmati. Kandungannya hanya mempunyai 150 kalori!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *