Cara Membuat Tuak Sarawak (Rice Wine)

Ikuti cara penyediaan tuak (rice wine) tradisional Sarawak

Sarawak terkenal dengan penghasilan tuak tradisional. Tuak ialah sejenis minuman yang diperbuat daripada proses penapaian pulut.

Tuak juga boleh dihasilkan melalui tumbuhan seperti nira kelapa, nira tar, nira enau atau kabung, nira nipah, tebu dan buah nanas. Selain itu, tuak juga boleh dihasilkan melalui tapai ubi kayu. Tuak penting sebagai bahan utama dalam upacara ritual dan hari perayaan seperti Hari Gawai Dayak.

Berikut ialah proses membuat tuak dari Sarawak secara tradisional. Terima kasih kepada Bad Cat Tuak kerana sudi berkongsi proses membuat tuak.

Bahan-bahan:

Beras pulut
Ragi (bebola yis)
Air gula

Cara penyediaan:

1. Bersihkan beras pulut dengan air.

2. Masak beras pulut dan gaul supaya tidak hangus.

3. Beras pulut dibiarkan agar sejuk.

4. Tumbuk ragi hingga lumat.

5. Pastikan bekas ragi tidak tercemar oleh bahan lain untuk hindari bakteria.

6. Campurkan beras dengan ragi.

7. Adunkan beras dengan ragi hingga sekata.

8. Simpan ke dalam tajau (tempayan). Secara alternatif, gunakan bekas biasa kerana tempayan berisiko untuk mudah pecah.

9. Ikat dan tutup tajau dan peram selama 2 minggu.

10. Campurkan dengan air gula selepas 2 minggu diperam.

11. Tapis beberapa kali selepas peram untuk menghasilkan tuak yang jernih.

12. Ikat dan tutup kembali tajau dan simpan selama 2 minggu.

13. Simpan di tempat yang tidak terdedah dari panas dan cahaya. Simpan dan peram 1 hingga 3 bulan.

14. Tapis dan tukar bekas tapaian beberapa kali selepas berlaku mendapan untuk menghasilkan tuak yang jernih.

15. Tuang dan hidangkan tuak ke dalam gelas kecil. Ngirup!

Nak tahu lebih lanjut bagaimana membuat sajian yang best di Sarawak? Tontoni proses membuat lemang yang popular di Kuching, Sarawak, iaitu Lemang Wak Matang di pautan ini : Cara Memasak Lemang Sarawak | How It’s Made

How It’s Made ialah siri web oleh SukaSuka mengenai proses pembuatan produk Sarawak yang unik. Tontoni video How It’s Made lain di YouTube kami: How It’s Made Playlist | SukaSukaMY

Rujukan:
Angelane Mula Bunyau. (2017). Tradisi Pembuatan Tuak Dalam Masyarakat
Iban. Diambil dari conference.kuis.edu.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *