8 Tips Dan Petua Dapur Untuk Orang Yang Baru Belajar Masak

Ikuti 8 tips atau petua mudah ini supaya nampak ‘pro’ di dapur!

Ilmu dapur sangat diperlukan terutama sekali untuk anda yang ingin membina mahligai rumahtangga. Baik dari segi penjagaan, cara menyimpan barang, cara nak sedapkan masakan dan sebagainya. Ilmu-ilmu inilah perlu ada dan selalunya diturunkan oleh para ibu agar anak-anak menjadi lebih cekap dan tangkas di dapur. Sebaiknya, bergurulah dengan mereka yang berpengalaman dalam bidang ini agar tidak kekok nanti.

Di sini kami kongsikan beberapa tips dan petua mudah untuk panduan anda.

1. Elak beras berkutu: Masukkan beberapa helai daun limau purut atau cili kering di dalam tempat simpan beras.

2. Elak biskut lemau: Masukkan sedikit gula pasir di dalam bekas kedap udara yang digunakan untuk menyimpan biskut

3. Buat nasi goreng berderai: Mula-mula deraikan nasi. Kemudian, simpan di dalam peti ais semalaman. Sejam sebelum dimasak, keluarkan nasi dan deraikan sekali lagi. Tekstur nasi akan menjadi lebih cantik dan tidak berketul.

4. Buat taugeh tahan lama: Ketika menyimpan taugeh di dalam peti sejuk, rendam taugeh di dalam bekas berisi air bersama sedikit perahan jus limau. Jika masih taugeh lebih rangup, rendam taugeh di dalam air sejuk berisi ais.

5. Telur rebus mudah kupas: Semasa merebus telur, masukkan setengah sudu kecil garam. Kulit telur akan lebih mudah dikupas selepas itu.

6. Elak pedih mata kupas bawang merah: Rendamkan bawang dalam air garam selama 5-10 minit, kemudian kupas seperti biasa.

7. Masakan terlebih masin: Masukkan kentang yang telah dikupas ke dalam masakan dan biar kentang tersebut di dalam sehingga masak.

8. Mata pisau blender kekal tajam: Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. Lakukannya setiap bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *