6 Gua Di Sarawak Anda Perlu Lawati Sekali Dalam Hidup

Gua yang mana satu anda paling ingin lawati?

Sebagai hutan hujan tropika terbesar di Malaysia, Sarawak diperkaya dengan taman negara semula jadi dan hidupan liar termasuk gua. Berikut ialah 6 gua yang tedapat di sekitar Sarawak anda perlu lawati sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

1. Gua Pari Pari (Fairy Cave), Bau, Kuching

Gua Pari Pari ialah gua yang bertempat kira-kira 40 km dari Kuching, Sarawak berhampiran dengan kawasan bekas perlombongan emas di Bau, Sarawak. Gua Pari Pari dijejaki melalui tangga konkrit yang menuju ke pintu masuk yang membuka ruang kepada gua tersebut .

2. Gua Rusa (Deer Cave), Mulu, Miri

Gua Rusa adalah salah satu tarikan utama di Taman Negara Mulu. Perjalanan ke gua tersebut dikelilingi hutan hujan tropika, sungai dan perkuburan Penan purba. Ciri-ciri istimewa gua ini adalah formasi batu di permukaan pintu yang menyerupai profil sisi Abraham Lincoln.

3. Gua Lang, Mulu, Miri

Gua Lang ialah satu perhentian melalui perjalanan dari Gua Rusa kerana perbezaan jarak yang tidak jauh. Walaupun Gua Lang adalah gua yang kecil, formasi semulajadi ini tidak rugi dikunjungi kerana tumpuan cahaya yang strategik yang menyerlahkan stalagmit dan stalaktit di dalam gua itu.

4. Gua Air Jernih (Clear Water Cave), Mulu, Miri

Gua Air Jernih dijejaki melalui perjalanan sepanjang Sungai Melinau, diikuti dengan berjalan kaki atau dengan menaiki bot. Pintu masuknya adalah 200 langkah dari hutan. Oleh kerana gua ini gua yang bersungai, ia merupakan gua yang menarik untuk diterokai.

5. Gua Angin (Wind Cave), Mulu, Miri

Gua Angin adalah sebahagian daripada sistem Air Jernih (Clear Water) yang boleh dijejaki dengan menaiki bot panjang melalui sepanjang Sungai Melinau atau dengan jungle trekking sejauh 4km. Gua ini dinamakan Gua Angin kerana tiupan angin yang dirasai di bahagian kecil gua tersebut.

6. Gua Niah, Niah, Miri

Gua Niah dikenali sebagai tapak gua batu kapur dan tapak arkeologi yang besar di Taman Negara Niah. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Gua mana yang anda ingin lawati?

Ingin nak travel ke Sarawak? Jom lawati Sarawak ketika ada perayaan unik seperti di dalam pautan ini: 5 Perayaan Unik Di Sarawak. No. 3 Paling Aneh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *