Berita palsu Virus Corona yang tersebar di Malaysia.

Jangan sebar berita palsu!

Baru-baru ini penyebaran mengenai virus korona telah tular di media sosial termasuk aplikasi Whatsapp yang memaparkan berita palsu.

Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai penyebaran koronavirus kerana boleh mengakibatkan panik dan kerisauan berlebihan kepada masyarakat sekiranya sumber maklumat tidak diketahui.

Semak terlebih dahulu sebarang dakwaan yang ditularkan di media sosial mengenai Koranavirus.

Antara berita palsu yang tular di media sosial dan juga aplikasi Whatsapp:

Kes berita PALSU Virus Korona direkodkan di pelbagai lokasi.

Image may contain: text

Kes Virus Korona direkodkan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Image
Sumber: Bernama

Dakwaan kes 2019 Virus Korona direkodkan di Kuantan

Image
Sumber: Bernama

KPJ Seremban nafi terdapat pesakit terkena jangkitan koronavirus

Image
Sumber:Bernama

Tular seorang individu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu

Image
Sumber:Bernama

Dakwaan senarai kawasan dalam keadaan berjaga-jaga akibat penularan virus korona

Image
Sumber:Bernama

Gambar seorang lelaki terlantar di katil hospital didakwa akibat dijangkiti virus korona

Image

Kerajaan Negeri nafi kes virus korona di Melaka

Image
Sumber: Bernama

Kes jangkitan 2019 Novel Virus Korona di Hospital Seberang Jaya

Image
Sumber:Bernama

Tiada kes disyak virus korona direkodkan di mana-mana hospital di Pahang

Image
Sumber:Bernama

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Polis JB tahan semula pelancong China bersama anak yang disyaki dijangkiti Coronavirus.

Kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki dijangkiti coronavirus dan dilarikan ibu bapanya yang mengelak kuarantin di hospital JB, sudah ditahan semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, juga mengesahkan laporan polis yang dibuat seorang doktor Hospital Sultanah Aminah (HSA) awal pagi semalam mengenai kejadian itu yang tular di media sosial malam tadi.

“Ya, malam tadi mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi tindakan lanjut, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu sebelum penahanan semula, lapor Harian Metro semalam, kanak-kanak tersebut disyaki mempunyai simptom koronavirus.  Difahamkan, kanak-kanak itu datang ke hospital awam pada jam 10.18 malam selepas disarankan hospital swasta kerana dia mempunyai simptom influenza seperti demam, batuk dan demam kejung. Tetapi pasangan itu tidak mengakui perkara itu.  Selepas diperiksa, doktor mengesahkan pesakit itu mempunyai demam virus yang dipercayai koronavirus, lalu memaklumkan kepada pasangan itu bahawa anak mereka perlu dipindahkan ke hospital awam lain untuk dikuarantin dan siasatan lanjut.  Tetapi pasangan itu enggan berbuat demikian atas alasan mereka perlu pulang ke China dan sudah menempah tiket penerbangan ke negara itu yang dijadualkan berlepas pada jam 10 pagi hari ini. 


Pihak hospital menjelaskan, pihak berkuasa di lapangan terbang tidak akan membenarkan mereka berbuat demikian kerana suhu badan anaknya yang tinggi. Pasangan itu tetap berdegil dan mahu anaknya dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.  Disebabkan kedegilan pasangan itu, doktor terpaksa membuat laporan polis. 

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

9 Adat Resam Dan Pantang Larang Bagi Tahun Baru Cina

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Pulak Nampak Di Angpau?

Sambutan Tahun Baru Cina sudah pasti di raikan dengan penuh meriah. Kunjungan sanak saudara, rakan taulan yang berbilang bangsa mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan sesama kaum.

Biarpun sambutan Tahun Baru Cina adalah antara perayaan utama di Malaysia, namun ramai yang mungkin masih tidak mengetahui simbolik di sebalik setiap adat resam dan tradisi ketika Tahun Baru Cina.

Mengikut kepercayaan orang Cina, terdapat 9 pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru.

1. Memberi Angpau Dalam Jumlah Genap

Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Elakkan memberi angpau dalam jumlah yang ganjil.

Ang Pau

2. Elakkan Memakai Pakaian Hitam Atau Putih

Kerana hitam atau putih ialah warna berkabung. Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah.

Baju warna hitam ialah no-no bagi Tahun Baru Cina

3. Dilarang Makan Bubur

Masyarakat Cina perlu mengelak makan bubur kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan.

Janganlah bawa bubur ayam McDonalds sebagai buah tangan. Lebih elok membawa hamper atau buah-buahan.

4. Adab Menggunakan Penyepit

Jika anda dijemput makan semeja, janganlah cucuk penyepit pada mangkuk nasi keadaan menegak. Ini kerana ia kelihatan seperti membakar setanggi untuk memperingati orang yang sudah tiada.

5. Jangan Menyapu

Keluarga kaum Cina kebiasaannya akan membersihkan rumah sebelum perayaan sebelum masuk tahun baru dengan  membuang segala barang lama bukan sahaja secara fizikal tetapi dari segi fikiran  dan pengalaman lama yang tidak baik, menyakitkan hati atau tidak membawa tuah.

Bagaimanapun mereka dilarang menyapu rumah pada tahun baru cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah.

Kalau anda terjatuhkan makanan seperti kuih, jangan pandai-pandai nak menyapu kerana korang akan menyapu semua nasib baik dan kekayaan tuan rumah.

Kalau tertumpah biskut, jangan pandai-pandai nak sapu sebab korang akan sapu semua nasib baik tuan rumah.

6. Jangan Pinjam Duit

Jangan pinjam duit tetapi dialu-alukan untuk membayar duit yang anda pinjam!

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak terbeban dengan hutang sepanjang tahun.

Pesanan khidmat masyarakat: Kalau boleh jangan lah pinjam duit dari sesiapa, tak kira Tahun Baru Cina atau hari-hari biasa ye.

7. Tidur Lambat

Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan Tahun Baru. Adat ini dipercayai memanjangkan usia orang tua mereka.

Wajib tidur lambat? Seronok la budak-budak.

8. Jangan Pecahkan Barang

Jangan pecahkan barang seperti pinggan, pasu, cawan atau mangkuk. Perbuatan ini menyebabkan tuan rumah kehilangan kekayaan.

Masyarakat Cina juga akan mengelak daripada bercakap kasar atau kesat pada hari perayaan tersebut kerana dipercayai membawa malang.

Contohnya, jika ada tetamu terlanggar barang dan menyebabkan ia pecah tanpa sengaja, kaum Cina kebiasaannya akan mengatakan yang baik-baik sahaja iaitu pecah itu mungkin petanda tuah (pemanis mulut).

Hati-hati langgar atau jatuh barang tuan rumah ketika menyambut Tahun Baru Cina.

9. Beri Limau Mandarin Dan Epal Kepada Tetamu

Buah limau mandarin yang dipanggil “kam” dalam bahasa Kantonis bermaksud emas. Buah limai ialah kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua.

Limau mandarin atau “kam”

Begitulah 9 pantang larang yang perlu diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru.

Hakikatnya, setiap kaum mempunyai kepercayaan masing-masing dan penting bagi kita untuk menghormati amalan dan kepercayaan kaum lain.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina!

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Koronavirus: Lapan warga China Dikuarantin Di Johor Bahru

Terbaharu, lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada hari Khamis.

Menurut laporan oleh Astro Awani, mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.

Kredit: Bernama

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya seminggu.

They are being monitored, they are isolated in a hotel and they will be monitored at least one week. They are not patients, they are being observed to see whether they have developed the symptoms or not, just in case since they have contacts with the confirmed case in Singapore. So far, none,” kata Dr Lee.

(“Mereka sedang dipantau dan diasingkan di sebuah hotel untuk seminggu. Mereka bukanlah pesakit, namun dipantau secara rapat untuk memastikan sama ada ada simptom koronavirus kerana mereka telah bersama-sama dengan seorang lelaki yang telah disahkan positif di Singapura,” kata Dr Lee.)

Video Tular Lelaki Ditembak Mati Disangka Di Sibu, Rupanya Di Ecuador

Jangan cepat percaya apa yang tular di media sosial!

Baru-baru ini sebuah video telah tular di WhatsApp yang memaparkan seorang lelaki yang sedang makan di sebuah restoran tiba-tiba ditembak mati oleh dua orang lelaki dengan pistol.

Ramai yang menyangka kes tesebut berlaku di Sibu, Sarawak. Namun pencarian di Google menunjukkan kejadian tersebut sebenarnya terjadi di sebuah restoran di Guayaquil, Ecuador.

Laman sesawang hoodsite.com melaporkan penyanyi Promedio 20 yang bernama Jorge Fernando Lino Macas telah ditembak mati ketika sedang makan dengan dua orang rakannya di sebuah restoran makanan laut di Guayaquil.

Mangsa Jorge Fernando Lino Macas telah ditembak mati di sebuah restoran makanan laut di Ecuador. Kredit: en24.news

Video selama 30 saat itu menunjukkan Lino atau nama samarannya Vanilla, sedang menjamu selera bersama kawannya sebelum dikunjungi oleh dua orang lelaki bersenjata dan melepaskan sekurang-kurangnya 15 das tembakan ke arah kepala Lino. Dua orang lain tercedera dalam tembakan tersebut.

Saat sebelum Lino ditembak mati. Kredit: CEN

Mengikut laman tersebut, Lino mempunyai sejarah jenayah yang luas. Beliau telah didakwa atas kes pembunuhan dan penyeludupan dadah.

Pada Oktober 2018, Lino dan tiga orang suspek lain telah ditahan bersama 741 kg kokain.

Pada 22 Ogos 2019, tiga suspek tersebut telah dihukum penjara 10 tahun tetapi hakim telah mengisytiharkan Lino tidak bersalah.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tiket Bakat Kamek Finale 2019 Dah Habis? Takpe, Anda Boleh Tonton Di DUN Lama

Sebanyak 1,000 keping tiket masuk percuma Sarawak’s first reality show Bakat Kamek 2019 dah habis! Wow!

Tiket masuk Bakat Kamek Finale dah habis tapi anda masih berpeluang untuk menonton program tersebut secara langsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama.

Sebuah skrin besar akan dipasang di luar DUN supaya orang awam dapat menonton konsert akhir program realiti Sarawak itu.

Sambil menikmati konsert secara langsung, anda boleh lepak sambil makan-makan di food truck dan food bike yang disediakan.

Tarikh: 20 Disember 2019 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya, Kuching

Anda juga boleh tontoni dinale Bakat Kamek 2019 secara langsung di laman Facebook TVSarawak.com.

Aduh, Salah Lagi… Filipina, Bukan Malaysia, Pemenang Sebenar Kostum Kebangsaan Terbaik.

Kegembiraan rakyat Malaysia menyambut berita kemenangan Miss Malaysia untuk kategori “Kostum Kebangsaan Terbaik” dalam Miss Universe 2019 tidak berpanjangan.

Menerusi laman rasmi Twitter Miss Universe, pihak penganjur mengumumkan Miss Filipina, Gazani Ganados sebenarnya pemenangnya dan bukan Miss Malaysia, Shweta Sekhon seperti diumumkan sebelum ini.

Terdahulu, hos pertandingan itu, Steve Harvey didakwa telah membuat kesilapan dalam mengumumkan Miss Filipina sebagai pemenang apabila Shweta yang berdiri selepas ditemubual memberitahunya; “Bukan Filipina. Ia Malaysia”.

Penganjur menerusi Twitter menjelaskan Miss Filipina sebagai pemenang dan Shweta membuat andaian sendiri apabila memberitahu beliau dari Malaysia dan bukannya Filipina ketika Steve menyebut negara itu sebagai pemenang.

Mengangkat tema, “A Peranakan Indulgence”, kostum rekaan oleh Carven Ong itu diilhamkan daripada warisan masyarakat Peranakan dan tradisi perkahwinan komuniti itu.

Ini kenyataan oleh Pengarah Kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia Elaine Daly yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

“So I emailed Paula – the President and asked her to please clarify, Paula replied me and said that Philippines won the online voting, but the producing staff backstage picked their favorite and wanted to showcase her.

However this was not explained on the show. To everyone who watched it, it was like as if Malaysia had won. Because why would you put a delegate in her costume, have her do interviews and then tell her that she actually didn’t win but was just the producing staff’s choice .

I’m speechless but it is what it is.”

View this post on Instagram

I am extremely disappointed at how the Best National Costume announcement at Miss Universe has come to this. A few hours ago, during the live telecast just after the opening round, Shweta was asked to go backstage to change into her National Costume for it to be showcased as Best National Costume, and that’s what she did, and conducted interviews as well. When she came out, the host Steve Harvey announced Philippines as the winner and even when he approached to talk to Shweta, he still assumed he was talking to Philippines she of course corrected him and said it was Malaysia and not Philippines. And she continued to explain her costume. Malaysia, who has never been placed at Miss Universe nor won anything, rejoiced! 4 hours later, we found out via Twitter that Miss Philippines was the actual winner. I have taken sometime to reply anyone because I was waiting for an explanation from the Miss Universe Organisation. So I emailed Paula – the President and asked her to please clarify, Paula replied me and said that Philippines won the online voting, but the producing staff backstage picked their favorite and wanted to showcase her. However this was not explained on the show. To everyone who watched it, it was like as if Malaysia had won. Because why would you put a delegate in her costume, have her do interviews and then tell her that she actually didn’t win but was just the producing staff’s choice . I’m speechless but it is what it is. To all of you who have congratulated and made us feel special, I thank you. Shweta and her national costume will always be a winner to us. I mean, we did get all eyes on Malaysia and we got to show off our culture and heritage right?

A post shared by elainedaly (@elainedaly) on

Kesian, Malaysia. Namun hikmahnya, walaupun tidak menjadi pemenang tetapi seluruh dunia terpegun melihat kostum Malaysia.

POK! Jom Ke Pasar Orang Kita Di CHIC Kuching Hingga 19 November

Pasar seni POK kini berlangsung sehingga 19 November

Pok ialah gelaran mesra di Sarawak yang digunakan oleh lelaki untuk memanggil mana-mana lelaki yang dikenali atau tidak dikenali. Kalau di Semenanjung, gelaran yang digunakan ialah “Mamat”.

POK atau Pasar Orang Kita ialah satu acara seni tempatan yang sedang diadakan hingga 19 November 2019 di lorong antara Creative Heritage Innovation Centre (CHIC) dan Museum Headquarters di Kuching, Sarawak.

Acara anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) bertujuan untuk menyediakan platform untuk usahawan muda, artis dan perniagaan untuk memperagakan produk dan kemahiran mereka.

Antara produk yang ada di POK ialah makanan, aksesori, pakaian dan reka bentuk kreatif.

Kurator Pasar Orang Kita ialah Momentum KCH, satu usaha komuniti Kuching yang berusaha membina lebih banyak platform seni dan belia serta Jambu Vodca yang berusaha menjalankan acara belia di sekitar Kuching.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Penjara 2 Tahun, Denda RM10,000 Jika Merokok Di Kedai Makan Mulai 1 Januari 2020

Bagi para perokok, bersedialah awal-awal

Bermula 1 Januari 2020, tindakan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan mula dikuat kuasakan.

Mulai 1 Januari depan, perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak 3 meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis makanan.

Perokok yang ingkar larangan tersebut, kompaun sebanyak RM250 boleh dikenakan dan sekiranya gagal membayar kompaun, mereka akan didakwa di mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga 2 tahun.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Dari jumlah tersebut, 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.

Mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan bimbingan berhenti merokok sama ada di fasiliti awam mahupun swasta boleh mendaftarkan diri di laman sesawang jomquit.moh.gov.my.

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Golongan B40 Sarawak Boleh Tuntut Dekoder myFreeview PERCUMA Sebelum 30 November

Ambil peluang ini untuk memiliki dekoder TV myFreeview secara percuma

Siaran analog di seluruh Malaysia telah tamat 31 Oktober lalu dan kini beralih kepada siaran tv digital yang nyata lebih jelas dan berkualiti. Namun tidak semua yang mampu memilikinya.

Jangan risau, ada berita baik untuk golongan B40 di Sarawak!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan golongan B40 Sarawak yang layak dan telah berdaftar boleh menuntut dekoder percuma.

Sebanyak 4 buah pusat pengagihan di sekitar Sarawak sedang beroperasi untuk mengedarkan dekoder TV Digital myFreeview percuma:

Pengagihan percuma ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan B40 untuk menikmati siaran tv digital tanpa bebanan kewangan.

3 cara untuk memeriksa kelayakan menuntut dekoder myfreeview percuma

Untuk memeriksa kelayakan, anda boleh semak dengan cara berikut:

Sistem pesanan ringkas (SMS): taip MYTV (jarak) DEKODER (jarak) (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Laman web: Layari www.mytvbroadcasting.my/B40

Telefon: Hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan myFreeview di talian 1-300-80-6988 atau 1800-18-1088. –

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang myfreeview.tv

Like Facebook dan follow Twitter SukaSukaMY dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!